Siakap Keli
Gambar: @ItsGoingViral1 via New York Post

(Video) Gajah Dalam ‘Mood’ Mengawan Agresif, Serang Trak Bawa Pelancong Sampai Jadi Kecoh

Beberapa rakaman video memaparkan ‘aksi’ di mana gajah seberat 6 tan dan setinggi 13 kaki yang dikatakan mahu mengawan, dan bertindak agresif dengan menyerang sebuah trak safari.

Akibat tindakan ganas gajah itu ianya menyebabkan pelancong berlari menyelamatkan diri, memetik laporan New York Post.

Menurut laporan, gajah itu dilaporkan sedang berada dalam musim mengawan. Apabila gajah tersebut melihat dua buah kenderaan mendekati kawasan pembiakannya ia mula ‘mengamuk’.

Kedua-dua trak itu dilaporkan berhenti di kawasan permainan berhampiran Hoedspruit berdekatan Taman Great Gruger, Afrika Selatan.

Tetapi, gajah jantan tersebut dikatakan mengamuk terhadap trak pertama yang berada di bahagian hadapan trak kedua.

Pemandu pelancong yang dikatakan berada di tempat hadapan terpaksa melarikan diri ketika gading gajah itu menghala ke arah trak dan mencucuk ke dalam trak safari seolah-olah ‘pisau mencucuk mentega’.

Kemudiannya gajah itu mengangkat trak tersebut dan menolakknya ke tepi jalan.

Menurut artikel itu lagi, sepanjang kejadian berdurasi 30 saat itu, kedengaran jeritan daripada dua orang pelajar di dalam kenderaan itu.

“Keluar, keluar, keluar.” kata pemandu trak safari kedua itu.

Mereka bernasib baik kerana pada saat trak safari itu hampir tergolek, gajah jantan itu sudah berhenti melakukan serangan dan kemudiannya meninggalkan mereka.

“Tahap testoteron gajah jantan pada musim mengawan akan meningkat sehingga 60 kali ganda, dan disebabkan itulah gajah itu bertindak begitu agresif.” kata pemandu trak safari itu.

Gajah itu dikatakan agresif secara seksual dan sangat ganas terhadap manusia sehinggakan ia merembeskan lelehan seperti tar di sisi kepala yang memberi amaran tentang rangsangan seksualnya.

Sumber: New York Post

Nadhirah