Siakap Keli
Gambar: @tintedoffer2

(Video) “Saya Mohon Maaf…”, Tak Jadi Lari Bogel, Lelaki Infaq “Tinted” Percuma Untuk Surau Sebagai Ganti

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pernah menjadi tular pada sebelum ini apabila berjanji kepada rakyat Malaysia untuk berbogel dari Kuala Lumpur sehingga ke Johor sekiranya KL City FC berjaya menumpaskan JDT.

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh lelaki tersebut, kata-kata janjinya itu telah menjadi tular di media sosial.

Ekoran daripada berakhirnya kempen saingan Piala Malaysia yang berjaya dirangkul oleh pasukan KL City FC pada tempoh hari, warganet di media sosial telah menuntut lelaki itu untuk menunaikan janjinya.

Walau bagaimanapun, dia sekali lagi telah menjadi tular apabila tersebar sekeping gambar yang mendakwa dia terpaksa membatalkan janjinya itu kerana berdepan masalah sesak nafas.

Terbaru, lelaki tersebut telah memuat naik satu video permohonan maaf kepada rakyat Malaysia sambil menyatakan bahawa dia telah menginfakkan tinted di sebuah surau bagi menebus kesalahan yang dilakukannya.

“Dengan rendah diri, saya ingin memohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini.

“Saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada surau ni.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya, terima kasih,” katanya.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 900 ribu kali.

@tintedoffer2

sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…

♬ original sound – tintedoffer2 – tintedoffer2

BACA: Bikin Suspen, Rupanya Ini Mesej Tersembunyi Dalam The Sweet Goodbye Magnum x Money Heist, Untuk Peminat Malaysia

Sumber: @tintedoffer2

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.