Siakap Keli
Gambar: Netflix/DIY with Itzik

Bikin Suspen, Rupanya Ini Mesej Tersembunyi Dalam The Sweet Goodbye Magnum x Money Heist, Untuk Peminat Malaysia

Korang peminat La Casa del Papel ataupun Money Heist mesti tak sabar menunggu penamat siri ini yang mana akan keluar Disember ini.

Banyak tanda tanya yang timbul, adakah La Banda berjaya keluar dari Bank Sepanyol, adakah Alicia akan berpaling tadah dan bekerjasama dengan The Professor ataupun The Professor akhirnya terpaksa menyerahkan diri kerana tiada jalan keluar lain untuk menyelamatkan La Banda.

Fuhhhh, memang suspen habis menunggu Part 5 Volume 2 nak keluar ni. Jadi, bagi meraikan keterujaan para peminat, Netflix My dan aiskrim Magnum Malaysia telah melancarkan satu pengalaman atas talian yang membuka peluang kepada peminat untuk menyertai La Banda dan menyelesaikan #TheSweetGoodbye Magnum x Money Heist.

Dapatkan Aiskrim Magnum, Sertai La Banda & Selesaikan #TheSweetGoodbye Magnum x Money Heist

Macam dalam Money Heist, The Professor atur elok dah untuk memastikan plan ini berjalan lancar.

Nak jadi La Banda ni mudah je, korang cuma perlu dapatkan aiskrim Magnum atau Limited Edition Magnum Money Heist Bundle yang boleh dibeli melalui Shopee, LAZADA, Food Panda dan Grab.

Limited Edition Magnum Money Heist Bundle ni ada aiskrim Magnum yang disaluti lapisan tebal Coklat Belgium yang sangat-sangat sedap. Fuhhhh, NIKMAT tak terkata.

Haaa, nanti dalam kotak ni ada klu yang korang perlukan untuk unlock #TheSweetGoodbye dari La Banda. Klu yang dimaksudkan adalah QR Code.

Apa yang korang kena buat untuk join La Banda mudah je, scan QR Code tu ataupun layari www.MagnumMoneyHeist.com.my. Sebelum korang dibenarkan membaca #TheSweetGoodbye, korang kena rasai dulu pengalaman atas talian dan menyelesaikan ‘teka-teki’ terakhir yang ditinggalkan The Professor.

Cara nak main “step by step”

#TheSweetGoodbye ini kena diselesaikan “pixel by pixel”, dan setiap pixel terdiri daripada pixel bergambar yang perlu korang susun untuk mengetahui rahsia yang ditinggalkan The Professor.

Paling mencabar, The Professor sediakan 3,520 pixel untuk korang. Jadi, ia tugas pengikut La Banda di seluruh Malaysia untuk berganding bahu selesaikan satu persatu pixels.

Ok, ni steps yang korang kena ikut. By the way, pengalaman atas talian ini korang cuma boleh rasai melalui telefon pintar dan laman web.

Langkah 1: Layari laman web www.MagnumMoneyHeist.com.my

Langkah 2: Log in jika korang dah ada akaun, atau pilih Register kalau korang pertama kali nak join La Banda.

Langkah 3: Masuk ke paparan utama online experience, kat bahagian tepi ada senarai pixel yang menanti untuk korang nyahkunci. Korang boleh Zoom In untuk melihat pixel dengan lebih jelas.

Langkah 4: Ada pilihan pixel dengan pixel kotak kuning menanti untuk dinyahkunci dan pixel bergambar yang sudah pun diselesaikan oleh pengikut La Banda yang lain. Tekan mana-mana pixel yang masih belum diselesaikan.

Langkah 5: Selepas korang memilih pixel, tekan “Unlock the pixel” untuk memulakan pengalaman atas talian korang.

Langkah 6: Puzzle bergambar akan muncul dan korang kena susun gambar-gambar berkenaan untuk menyelesaikan pixel ini.

Tadaaaa, selesai. Tapi tu baru untuk satu pixel tau, korang boleh ulang langkah yang sama dan selesaikan pixel yang lain okay. Korang ada masa sehingga 12 Disember untuk menyelesaikan baki pixel yang masih ada.

Korang juga boleh tengok video kat bawah ni cara-cara nak merasai pengalaman atas talian #TheSweetGoodbye Magnum x Money Heist.

Selesai, dapat ‘harta’ dari Magnum x Money Heist

Kalau korang dah join La Banda dan tolong The Professor pecahkan mesej terakhir ni, selain dapat baca mesej yang ditinggalkan, mesti la ada habuan lain juga menanti dari aiskrim Magnum Malaysia.

Tapi sebelum kami kongsikan apakah hadiah yang ditawarkan oleh aiskrim Magnum Malaysia, korang tonton dulu trailer Part 5 Volume 2 Money Heist kat bawah ni.

Bukan tu je, sambil-sambil menikmati keenakan aiskrim Magnum, hadiah utama iaitu replika gold bar Money Heist turut menanti pemenang-pemenang yang bertuah.

Haaa tunggu apa lagi, peluang sekali seumur hidup je ni nak join La Banda. Korang kena cepat sebab promo #TheSweetGoodbye Magnum x Money Heist ini hanya berlangsung dari 8 November hingga 12 Disember je.

La Banda ‘cawangan’ Malaysia, ayuh bersatu NIKMATI aiskrim Magnum dan selesaikan #TheSweetGoodbye sama-sama. Jom!!!


Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.