Siakap Keli
Gambar Via Tribun News

Alami Kemurungan, Wanita Ditemui Terbaring Di Atas Kubur Bapa, Dipercayai Bunuh Diri

Tular di Indonesia, seorang wanita dilaporkan telah ditemui meninggal dunia di atas kubur bapanya dipercayai kerana membunuh diri.

Memetik laporan Tribun News, mangsa, 23, telah ditemui terbaring di Tanah Perkuburan Dusun Sugihan, Kecamatan Sooko, Jawa Timur oleh penjaga kawasan itu pada Jumaat.

Wanita tersebut dilihat menunggang motosikal menuju ke kawasan tanah perkuburan sebelum dia ditemui terbaring di atas kubur bapanya yang meninggal dunia 100 hari lalu.

“Saya nampak mangsa dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia,” kata penjaga kubur, Sugito.

Ketua Polis Sooko, AKP Moch. Shohibul Yakin telah mengesahkan kejadian tersebut dan mengatakan mangsa telah membunuh diri.

Sementara itu, pihak keluarga mangsa menolak untuk melakukan autopsi ke atas mayat mangsa.

Kejadian itu telah menjadi tular di Indonesia dan rata-rata warganet di sana membanjiri media sosial dengan ucapan takziah kepada mangsa.

Sumber: Tribun News 

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.