Siakap Keli
Gambar Via Aida Shahira

Ambil Masa 3 Tahun, Wanita Turun Berat 31 Kg Amal Diet Sihat Ini, Kini Tampil Lebih Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila berhasrat untuk menurunkan berat badan, kunci utama yang perlu dititikberatkan oleh semua orang adalah kekal konsisten dalam menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Manakan tidak, ia merupakan cabaran besar yang menentukan turun naik berat badan seseorang.

Walaupun memakan masa yang agak lama untuk mendapatkan berat badan yang diingini namun percayalah bahawa usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Jika korang mencari inspirasi atau tips untuk menurunkan berat, mungkin korang boleh melihat perkongsian Aida Shahira yang dimuatnaik menerusi Group Diet Suku Suku Separuh ini. Menurutnya, dia telah mengambil masa selama empat tahun untuk menurunkan berat badan dari 80kg ke 49kg.

80kg-49.4kg (2018-2021)

153cm

Terima kasih DSSS , berakhirlah perjuangan saya. Haritu ada post dekat group dsss. Mintak maaf saya tak dapat reply komen satu-satu. Ramai yang tanya saya berapa lama saya struggle untuk semua ni, ada juga yang tanya macam mana saya kuat untuk teruskan diet dsss ni.

Okay kat sini saya cerita ya, saya start diet november 2018 hingga december 2021 ( 3tahun ) saya cuma tukar cara makan saya, saya makan apa yang saya masak untuk husband dan anak jer, cuma saya kawal portion sahaja. Okay ada jugak yang tanya saya exercise macam mana? Buat exercise apa?

Gambar Via Aida Shahira

Okay saya hanya buat workout, tabata, cardio mula-mula saya start dulu, kadang saya ada jugak pergi gym tu pun kadang-kadang jer, banyak malas, kadang saya curi masa untuk jogging petang-petang, macam tu jelaaa, saya lebih kepada jaga portion makan sahaja. Enjoy lah diet korang jangan terlalu stress okay, saya pun dulu kadang pernah jugak hampir putus asa sebab berat statik, sebab macam-macam lah..tapi niat nak kurus teruskan jugak.

Kekadang saya pun ada derhaka dengan diet saya apa yang saya boleh cakap korang enjoy lah diet korang, follow jee gp.. In shaa allah korang pun dapat berat yang korang idamkan. Nak kurus bukan sekelip mata, korang usaha korang dapat okay.

Sumber: Aida Shahira

Sofea

There's always another side to every story