Siakap Keli
Gambar: NBC San Diego

Ikan Pemancing Laut Dalam Atau ‘Anglerfish’ Ditemui Di Pantai San Diego

Seekor ikan bola sepak Pasifik yang jarang ditemui, iaitu ikan pemancing laut dalam atau anglerfish yang biasanya ditemui di kedalaman lautan lebih daripada 2,000 kaki telah ditemui di pantai di San Diego, California pada 13 November, menurut NBC San Diego.

Jay Beiler, yang menangkap imej-imej ini, memberitahu Storyful bahawa dia menemui ikan itu di Pantai Negeri Torrey Pines.

“Pada mulanya saya fikir ia adalah seperti obor-obor atau sesuatu. Kemudian saya pergi dan melihatnya dengan lebih berhati-hati, beberapa orang lain juga berkumpul di sekelilingnya. Saya melihat bahawa ia adalah ikan yang sangat luar biasa”, Beiler memberitahu NBC 7 San Diego.

“Ia adalah mimpi ngeri, mulutnya menakutkan! Saya boleh katakan panjangnya hampir satu kaki.”

Menurut NBC 7, Scripps Institution of Oceanography melaporkan ikan itu adalah ikan bola sepak Pasifik, iaitu salah satu spesies ikan pemancing yang lebih besar ditemui di seluruh Lautan Pasifik. Menurut Ben Frable, pengurus koleksi vertebrata marin di Scripps, spesies itu hanya dilihat ‘beberapa kali’ di California.

Kredit: NBC San Diego

 

Kredit: NBC San Diego

Menurut Akademi Sains California, spesies ikan bola sepak Pasifik ini hidup di kedalaman antara 2,000 hingga 3,300 kaki, di mana cahaya matahari tidak menembusi. Ikan ini menggunakan gewang bercahaya berdaging dari kepala mereka untuk menarik mangsa.

Sumber: Yahoo! News

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.