Seorang pemandu teksi roda tiga (rickshaw) di India raih pujian kerana memulangkan bagasi yang berisi barang kemas, wang tunai dan pakaian kepada pemiliknya asalnya, lapor India.com.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada Rabu lalu di mana seorang pemandu teksi roda tiga bernama Vinod Yadav menemui bagasi itu di luar pintu pagar Stesen Kereta Api Agra Cantt.
“Sebaik sahaja Vinod menemui bagasi itu, dia telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa.” kata Sushil Kumar Sub Inspektor di Government Railway Police (GRP), Balai Polis Agra Cantt.
Menurut laporan, bagasi itu mengandungi sepasang gelang emas, cincin dan juga sepasang gelang kaki serta wang tunai bernilai Rs 75,000 (RM4,220.31) beserta pakaian.
Polis berjaya mengesan pemilik bagasi tersebut dan menghubungi melalui nombor telefon yang dijumpai di dalam bagasi itu.
Polis mengesan bahawa bagasi tersebut milik seorang Biri Singh yang duduk di Mursan di daerah Hathras. Lelaki itu dikatakan menaiki kereta api Ekspress Shridham Super Fast dari Bhopal dan turun di Agra Cantt.
“Singh berjaya dikesan melalui nombor telefon yang dijumpai di dalam bagasi itu dan dia telah dipanggil untuk mengambil kembali barangnya.” polis Kumar berkata.
“Kami menghubungi saudara mara Biri Singh yang kemudiannya menghubungi pemilik bagasi itu.”
“Kami meminta Biri Singh untuk mengambil bagasi itu dari balai polis GRP.” tambah Kumar lagi.
“Selepas selesai prosedur, kami menyerahkan kembali bagasi itu kepadanya.”
Menurut laporan, lelaki itu cukup gembira dan berterima kasih kepada polis GRP dan pemandu teksi roda tiga tadi kerana telah mendapatkan kembali bagasi dia dengan selamat.
“Saya tak percaya bahawa saya dapat balik bagasi saya dengan keadaan selamat, barang berharga dan wang tunai saya semuanya masih ada.” kata pemilik bagasi tersebut.
“Tiada apa-apa yang hilang dari bagasi itu, saya hargai sangat usaha pemandu teksi roda tiga itu dan pihak polis.” tambahnya lagi.
Sumber: India.com