Siakap Keli
Gambar : via New York Post

Sepatutnya Potong Kaki Kiri, Doktor Dilapor Tersalah Potong Kaki Kanan Pesakit

Seorang pakar bedah di Austria dikenakan denda sebanyak $3, 049 (RM 12, 900) kerana salah memotong kaki pesakit ketika pembedahan dijalankan, lapor New York Post.

Pesakit yang merupakan warga emas itu dikatakan sepatutnya melakukan pembedahan pada kaki kiri. Sebaliknya, doktor tersebut melakukan kesalahan semasa pembedahan dijalankan dengan memotong kaki kanannya.

Namun, kesilapan tersebut dilaporkan hanya diketahui dua hari selepas pembedahan dilakukan.

Berdasarkan laporan, pihak mahkamah mendakwa bahawa doktor yang tidak disebutkan nama itu bersalah atas kecuaian yang dilakukan dan dikenakan denda bernilai RM 12, 900.

Pesakit tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sebelum kes dibicarakan. Balunya dikatakan hadir ke mahkamah dan telah diberikan ganti rugi sebanyak $5, 660 (RM 23, 947.46).

Memetik daripada laporan, pesakit tiba di klinik Freistadt pada bulan Mei untuk melakukan pembedahan pada kakinya. Walau bagaimanapun, doktor tersebut dilaporkan melakukan kesalahan semasa menanda lampiran pada bahagian kaki pesakit.

Semasa menukar pembalut, kesilapan yang dilakukan telah ditemui dan pesakit telah diarahkan semula untuk memotong anggota badannya yang lain juga.

“Punca dan kesilapan perubatan telah dianalisis secara terperinci,” jelas pihak hospital dalam satu kenyataan.

“Kami amat terkejut kaki salah seorang pesakit yang berusia 82 tahun telah dipotong pada 18 Mei walaupun terdapat piawaian jaminan kualiti,” tambahnya lagi.

Menurut akhbar Austria Kurier, pakar bedah tersebut dipercayai menjelaskan bahawa terdapat isu yang melibatkan arahan semasa pembedahan dijalankan kepada pihak mahkamah.

Kata pihak mahkamah, doktor tersebut hanya menjawab tidak tahu ketika ditanya mengapa salah menanda pada kaki pesakit.

Selepas kes dibicarakan, doktor tersebut dilaporkan telah dipindahkan ke hospital baharu dan separuh daripada dendanya telah digantung.

Sumber : New York Post

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.