Siakap Keli
Gambar : India Express

Lelaki Dilapor Sanggup Bunuh Isteri & 2 Anaknya, Dakwa Ingin ‘Bebaskan’ Mereka Daripada Varian Omicron

Seorang lelaki didakwa telah membunuh isteri dan dua orang anaknya dengan mengatakan bahawa varian Omicron adalah penyebabnya, lapor TNN memetik India Times.

Lelaki tersebut dikatakan telah menghubungi abangnya dan memintanya untuk memaklumkan kepada pihak polis.

Tertuduh merupakan seorang profesor perubatan forensik di sebuah kolej perubatan di Kanpur.

Doktor itu didakwa berasa takut dengan varian COVID-19 yang baharu dan jadikannya sebagai alasan melakukan pembunuhan itu.

Mangsa tersebut dipercayai merupakan isterinya, 48 tahun, anak lelakinya dan anak perempuannya yang berusia 18 tahun dan seorang pelajar bawah umur.

Kejadian dilaporkan berlaku di pangsapuri kediamannya di India Nagar.

Pihak polis telah menemui sebuah nota yang mendakwa bahawa doktor tersebut sudah bosan mengira mayat dan tidak ada yang akan diselamatkan oleh Omicron.

Dalam nota tersebut juga ada mengatakan bahawa dia ‘membebaskan semua orang daripada kesakitan’.

Abang tertuduh yang juga bekerja di salah sebuah pusat kesihatan awam yang berhampiran berkata, dia tiba di tempat kejadian dan menemui mayat adik ipar dan anak-anak saudaranya.

Dia juga mendakwa bahawa melihat sebuah tukul yang terletak berhampiran dengan mangsa. Dia mengesyaki bahawa tukul tersebut digunakan untuk memukul mereka sampai meninggal dunia.

Berdasarkan laporan India Times, dalam notanya juga ada menyebut mengenai penyakit yang tiada penawarnya. Itulah sebabnya dia ‘membebaskan’ keluarganya daripada kesakitan.

Sumber : India Times

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.