Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Susulan daripada kejadian letusan yang berlaku Gunung Semeru pada Sabtu lalu, media sosial dikejutkan dengan perkongsian video seorang ibu dengan wajah penuh dengan abu.
Video telah dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram jejak_pendaki dan mendapat perhatian daripada warganet.
Melalui video tersebut, kelihatan seorang ibu cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Semeru memuntahkan isinya.
Untuk makluman, Gunung Semeru yang terletak di dua Kabupaten, iaitu Kabupaten Malang dan Lumajang telah meletus pada 4 Disember 2021.
Dalam video yang dimuat naik itu, kelihatan wajah seorang wanita dipenuhi abu sehingga kelihatan hitam sedang menunggang motosikal.
Wanita itu dikatakan membawa seorang kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam baju hujan supaya terlindung daripada terkena abu gunung berapi itu.
Tindakan wanita itu telah mendapat perhatian daripada warganet dengan mendapat jumlah tontonan sebanyak 208, 105.
Hasil abu daripada gunung berapi sangat berbahaya kepada manusia dan ia tidak sama seperti abu yang dihasilkan darpada pembakaran kayu dan bahan organik lain.
Zarah-zarahnya sangat keras dan biasanya bergerigi yang boleh menyebabkan iritasi mata, hidung, radang paru-paru dan masalah pernafasan.
Sumber : BeritaHits