Siakap Keli
Gambar via TikTok & Google

“Kenapa Pilih Jawatan Ni?” Ini Cara Jawap Yang Betul Jika Penemu Duga Tanya Soalan Ini

Setelah menghantar resume dan cover letter bakal majikan untuk minta kerja, momen-momen nak tunggu maklum balas boleh buat kita tidur tak lena mandi tak basah. Kejap-kejap bukak emel atau tengok telefon kot-kot dihubungi bakal majikan.

Bila dah dapat maklum balas yang baik dari bakal majikan, calon pun beralih pula ke bahagian seterusnya iaitu temuduga atau sering dipanggil interview. Dalam banyak-banyak proses untuk minta kerja, bahagian interview paling buat kita berdebar-debar.

Manakan tidak, masa interview inilah kita bakal jumpa wakil dari pihak bakal majikan secara langsung. Berdepan dengan panel tu pun dah buat kecut perut, belum lagi nak jawab macam-macam soalan daripada panel.

Salah satu soalan yang sering ditanya majikan masa sesi interview ni tak lain tak bukan, “Kenapa awak pilih jawatan ni?” Bagi yang dah ada pengalaman kerja, mungkin soalan ni tak susah, tapi macam mana pula untuk graduan yang baru tamat pengajian?

Oleh itu, pengguna TikTok Fairwork People Connect ni kongsi ‘jawapan bocor’ yang boleh ‘fresh grad’ jawab kalau korang ditanya soalan ni. Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh di bawah.

@fairwork.my

Reply to @minahangkasa harap bermanfaat 🤩 #hrtips #fwtips #tipstemuduga #interviewtips #freshgrads

♬ original sound – Fairwork People Connect – Fairwork People Connect

Sumber: TikTok Fairwork People Connect

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.