Siakap Keli
Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

Kes Marshal Berlagak Polis Trafik: Dua Lelaki Serah Diri, Dua Motosikal Berkuasa Tinggi Dirampas

Baru-baru ini tular rakaman memaparkan individu menaiki motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi marshal dipercayai di Port Dickson. Kejadian dikatakan berlaku pada 6 Disember 2021 (Selasa) kira-kira jam 12:45 tengah hari hingga 2:30 petang.

Dalam Kenyataan Media YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson, dua Lelaki berbangsa Melayu dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal tersebut telah hadir menyerahkan diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham bin Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorang berpangkat Dato’ bekerja sebagai Ahli Perniagaan dan Agen Insuran telah hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka yang dirakam telah ditularkan secara meluas di media sosial.

Menurut Aidi Sham, pihak polis telah menahan kedua-dua lelaki sebaik sahaja mereka menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson dan merampas sebanyak dua buah motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan milik individu tersebut. Antara lain yang dirampas adalah barangan milik individu yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan.

Pihak Polis juga masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh terhadap kedua -dua lelaki jika wujud lain-lain kesalahan.

Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

Nadhirah