Siakap Keli
Gambar: via India Today

Lelaki Didakwa Potong Kaki, Bunuh Anjing Liar Dipercayai Setelah Gigit Anaknya

Seorang lelaki didakwa telah membunuh seekor anjing selepas binatang itu dikatakan menggigit anak lelakinya di daerah Gwalior, Madhya Pradesh, menurut polis memetik laporan India Today.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira sebulan lalu di kampung Simariatal, dan video pembunuhan kejam itu telah tular di media sosial pada Ahad yang lepas.

Berikutan kejadian itu, seorang aktivis Masyarakat untuk Rawatan Haiwan Beretika (PETA) telah membuat laporan di balai Polis Dehat.

Menerusi rakaman video itu, lelaki tersebut dilihat bertindak memukul anjing sehingga anjing itu mengerang kesakitan. Lebih teruk lagi apabila lelaki itu didakwa memotong kaki haiwan itu dengan sebuah peralatan tajam.

Menurut penduduk kampung, tertuduh dikatakan berang kerana anjing tersebut telah menyerang dan menggigit anaknya.

Tambah penduduk kampung lagi, anjing itu juga dikatakan pernah menggigit lima penduduk kampung yang lain.

Satu notis akan dikeluarkan terhadap tertuduh untuk dia hadir ke mahkamah.

Berdasarkan aduan oleh badan aktivis NGO People for Animals (PFA) polis mendaftarkan tuduhan terhadap lelaki itu di bawah Kanun Keseksaan India Seksyen 429 (Membunuh dengan sengaja, meracuni, dan mencederakan haiwan) dan peruntukan berkaitan Pencegahan Kekejaman terhadap Akta Haiwan.

Menurut laporan, PETA dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu difahamkan telah membunuh anjing liar itu dengan memukul haiwan tersebut berulang kali dengan kayu dan memotong kakinya dengan pisau.

Jain di India berkata, mereka tidak pernah menemui sebarang tindakan kejam terhadap haiwan di Madhya Pradesh.

“Tertuduh memerlukan kaunseling dan penilaian mental.” tegas Jain.

“Kes seperti ini menunjukkan keperluan ke atas undang-undang yang lebih kukuh terhadap penderaan haiwan.” tambah Jain lagi.

Sumber: India Today

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.