Siakap Keli

Nak Bagi ‘Free Delivery’ Dekat ‘Customer’, Ramai Peniaga Tak Tahu Korang Sebenarnya Boleh Mohon Insentif Ni

Pandemik Covid19 telah memberi kesan yang besar di seluruh dunia. Kini hampir setahun kita dilanda wabak ini. Di Malaysia, ramai yang terkesan dan ada yang terpaksa ikat perut, gulung tikar dan sebagainya.

Namun kita sangat bersyukur kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada rakyat Malaysia serta pada usahawan yang turut terkesan akibat pandemik ini, termasuk;

Malaysia Digital Nomad

Digital Nomad bukanlah konsep gerakan baru kerana golongan ini, yang menjana pendapatan secara dalam talian tanpa lokasi fizikal yang tetap, mewujudkan komuniti dan ekosistem di Malaysia dengan menggunakan sektor pelancongan sebagai pemangkin. Selain itu ia mementingkan “work-life balance” dengan memulangkan semula kuasa kepada perniagaan kecil dan pekerja bebas.

Hari ini, hampir semua kerja seharian melibatkan peranti digital.  Bagaimanapun, bukan semua pekerjaan boleh melibatkan kerja bebas atau kerja jarak jauh. Pekerjaan seharian kita masih memerlukan kehadiran fizikal ke tempat kerja, dan diikat dari 8 page hingga 5 petang, kadangkala lebih panjang. Namun begitu, sesuatu bidang pekerjaan amatlah sukar untuk beralih kepada Digital Nomad seperti pakar bedah, pakar gigi, polis, tentera, guru sekolah, penyelia kilang dan sebagainya.  Namun, pekerjaan di agensi dan perniagaan kecil, seperti ejen takaful, ejen unit amanah, usahawan kosmetik, usahawan tudung dan lain-lain, adalah bebas, dan tiada ikatan masa tertentu.. Dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang https://budget.mof.gov.my/manfaat/filter.html?perniagaan&B-MKT

Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

Kerajaan akan meneruskan kempen ‘Shop Malaysia Online’ dan ‘Go-eCommerce Onboarding’ dengan peruntukan RM250 juta susulan kejayaannya yang telah memanfaatkan lebih 500,00 usahawan tempatan. Kempen ini diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021 untuk menggalakkan pembelian dalam talian serta menyokong peniaga tempatan menyertai platform e-dagang dan e-bayar, dengan memberi fokus untuk mempromosi sektor seperti halal, kraf tangan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan untuk membantu meningkatkan jualan perniagaan-perniagaan kecil.

Kempen ini bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021.

Berikut adalah insentif yang ditawarkan melalui kempen ini:

  • Pelepasan atau pengurangan kos pendaftaran, kos peralatan atau pek permulaan
  • Pelepasan atau pengurangan yuran langganan bulanan dan yuran penyelenggaraan tahunan
  • Diskaun peniaga dalam bentuk kod diskaun, diskaun produk dan baucar kedai
  • Yuran transaksi untuk bayaran komisen, kadar diskaun peniaga/yuran pembayaran
  • Yuran latihan untuk latihan platform, latihan penjualan langsung dan pemasaran digital
  • Penghantaran Percuma oleh peniaga
  • Pengiklanan dalam aplikasi/platform termasuk kredit untuk mengiklan dalam aplikasi/platform rakan kongsi, sepanduk carian dan tajaan carian
  • Perkhidmatan Pihak Ketiga untuk penulisan kandungan, fotografi dan iklan luaran (iklan media sosial, carian perkataan)

Kempen Go-eCommerce Onboarding terbuka kepada semua peniaga tempatan untuk mempelbagaikan saluran jualan mereka dan boleh menyertai kempen ini dengan mendaftar di Laman Khas Kempen Go-Ecommerce Onboarding

Voluntary Carbon Market

Voluntary Carbon Market akan dilancarkan di bawah kendalian Bursa Malaysia bagi memenuhi sasaran neutral karbon. Ia akan menjadi platform sukarela bagi dagangan kredit karbon antara pemilik aset teknologi hijau. Dalam masa yang sama dapat membantu kerajaan meningkatkan aset lestari seperti menambah penggunaan bahan mentah lestari dan tenaga boleh baharu. Oleh itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana sebanyak RM1 bilion untuk kemudahan peralihan kepada rendah karbon. Dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang ini.

Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat

Bagi melaksanakan Hab Inovasi, sebanyak RM30 juta disediakan untuk Revolusi Industri Keempat di bawah Taman Teknologi Malaysia sebagai pusat sehenti untuk ekosistem inovasi, dengan pembangunan kluster teknologi baharu seperti dron dan robotik. Hab ini dijangka dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada 10,000 bakal usahawan. Dapatkan maklumat lanjut di laman ini.

Dana Khas Pelaburan Strategik

Kerajaan telah menyediakan dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional, khususnya yang dapat melengkapkan rantaian nilai industri dan memacu penjanaan pekerjaan berteraskan pengetahuan dan peluang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia, dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung

Kerajaan telah memperuntukkan RM33 juta bagi melaksanakan inisiatif untuk menyokong produk hasil tangan tempatan dan produk khazanah alam melalui kempen beli barangan buatan Malaysia, program jualan Malaysia, dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung.

Tambahan Peluang Penyertaan dalam Perolehan Kerajaan

Syarikat yang pertama kali mendaftar sijil pendaftaran perniagaan MOF, dikenakan bayaran RM150 sahaja berbanding RM450 sebelum ini, termasuk syarikat yang beroperasi dari premis perniagaan jenis SOHO, shared partition dan co-working space.

Business Travellers Center

Selain itu ‘Business Travellers Centre’ telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sebuah pusat sehenti yang sama akan disediakan di Johor pada tahun depan untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta. Pusat ini untuk memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek yang dikecualikan daripada menjalani kuarantin dengan pematuhan SOP yang ketat.

Secara keseluruhannya inisiatif-inisiatif yang disediakan telah memberi peluang kepada usahawan untuk bangkit semula. Selain itu, inisiatif juga telah membantu berjuta rakyat Malaysia dalam menangani hilang punca mata pencarian. Untuk maklumat lanjut layari portal https://www.mof.gov.my/.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.