Siakap Keli

“Padi Tak Boleh Tuai,” Musim Tengkujuh ‘Serang’ Pesawah, Semak 5 Skim Ini ‘Reward’ Untuk Pengusaha

Umum mengetahui bahawa hasil pertanian merupakan sumber pendapatan utama negara dan ia adalah punca mata pencarian bagi golongan petani.

Ekoran musim tengkujuh yang bakal melanda, wujud kebimbangan dalam kalangan warga petani bahawa hasil tuaian mereka akan rosak dan menyebabkan sumber pendapatan mereka terjejas.

Jika tuaian tidak dapat dilakukan, maka mereka akan kehilangan punca kewangan untuk menampung perbelanjaan harian. “Bendang tenggelam, padi tak boleh tuai, apa yang petani boleh dapat?” Mungkin begitulah keluhan yang dilakukan oleh petani. Ini kerana sebahagian daripada mereka hanya mengharapkan hasil pertanian tersebut bagi menampung keperluan hidup.

Atas keprihatinan kerajaan terhadap keperluan warga tani, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa insentif yang mampu membantu membela nasib mereka.

1. Bantuan Musim Tengkujuh

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan memperuntukan RM 190 juta bagi membantu meringankan beban sara hidup 320 ribu pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

2. Skim Ransangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil

Gambar via BERNAMA

Kerajaan memperuntukan RM 10 juta bagi melaksanakan Skiim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM 20 juta untuk usaha menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa.

3. Subsidi dan Insentif Bagi Industri Pertanian dan Perikanan

Gambar via BERNAMA

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan menerusi peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Lebih RM1.5 bilion membabitkan subsidi benih, baja, harga dan pengeluaran padi serta baja padi huma sebanyak RM40 juta. Untuk para nelayan pula, RM151 juta akan diberikan sebagai insentif hasil tangkapan.

4. Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga- AgroFood Facility

Bagi Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga- AgroFood Facility, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta kepada golongan peniaga kecil.

5. Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga – Dana Pembiayaan Agromakanan/ Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) Hydrobest

Sementara itu, bagi Dana Pembiayaan Agromakanan pula, sebanyak RM200 juta disediakan kepada golongan pengusaha kecil. Tidak ketinggalan bagi pekebun kecil kategori B40, kerajaan akan memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan.

Insentif yang ditawarkan ini diyakini dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Untuk maklumat lanjut layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Nur Farra