Siakap Keli
Gambar via Bernama, Astro Awani

“Sekurang-kurangnya Masa Google Meet, Muka Cikgu-Cikgu Ada NUR”

Sepanjang tempoh pandemik melanda negara, semua sekolah dan para guru diarah menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam  talian. Ramai guru mendedikasikan masa dan mengorbankan duit sendiri semata-mata untuk memberikan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar.

Buat pertama kali dalam Bajet 2022, insentif khas alat bantuan mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 seorang diberikan kepada lebih 400,000 guru sekolah.

Ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi menghargai jasa dan peranan guru yang bertungkus-lumus dengan kreativiti masing-masing dalam menyediakan bahan mengajar untuk memastikan anak murid mendapat pendidikan formal walaupun dalam tempoh pandemik.

Pengumuman insentif baru-baru ini mendapat sambutan baik dalam kalangan guru yang rata-rata bersyukur dapat membeli kelengkapan tambahan seperti kertas A4, pen marker, mikrofon dan bahan mengajar lain.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan dalam satu temu bual, “Ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan buat guru-guru yang telah bertungkus-lumus tanpa mengira masa dalam menjayakan PdPR sepanjang PKP3.0 akibat pandemik.”

Selain itu, bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Sebagai tambahan, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Melalui posting seorang individu, dipercayai seorang guru yang dikenali sebagai El Gamillo di Facebook,beliau menyentuh mengenai insentif ini:

Insentif khas guru alat bantu mengajar PdPR RM100.

Untuk 400k guru = RM40 Juta

Boleh lah tambah sikit2 gajet seperti.. Bluetooth speaker, Ring Light, headset.. lepas laa.. at least time Google Meet, Muka cikgu2 ada ‘NUR’. xde lah muka tu suram… dan suara pun jelas bila nak rakam bahan PdPR dan berOnline..

Tak rugi kalu cikgu2 ada alatan ni utk meningkatkan KOMPETENSI cikgu2… niatnya.. utk anak didik kita. Insya Allah. akan dipermudahkan urusan cg.

Untuk maklumat lanjut mengenai insentif ini, layari laman web ini klik di sini.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.