Siakap Keli
Gambar: Nina Rmn

Turun 40kg Dalam Setahun, Wanita Tampil Lebih Menawan Lepas Amal Diet Ni Tanpa Ubat Kurus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Proses untuk menurunkan berat badan sememangnya tidak sama untuk semua orang. Ada yang mengambil masa selama setahun, manakala ada juga yang mengambil masa sehingga lima tahun untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Namun walau seberapa lama pun masa yang diambil, lakukanlah diet yang sesuai dengan kemampuan diri dan tetapkan matlamat untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Kali ini, SK akan berkongsikan mengenai ‘perjalanan’ seorang pengguna Facebook, Nina Rmn, dalam menurunkan berat badan.

Menerusi kirimannya di group Diet Suku Suku Separuh (DSSS), Nina berkata beratnya telah turun sebanyak 40kg dalam masa setahun. Transformasi tersebut adalah hasil daripada usaha dan kesabarannya dalam menjaga pemakanan serta melakukan senaman.

Gambar: Nina Rmn

Dia yang sebelum ini mempunyai berat 125kg mengatakan bahawa dia tidak menjamah sebarang makanan bergoreng, makanan yang diproses dan minuman serta pencuci mulut.

Menurutnya, dia telah mengamalkan Intermittent Fasting dan hanya makan dua kali sehari iaitu ketika waktu tengah hari dan malam sahaja.

“Tujuan saya buat Intermittent Fasting sebab nak control habit saya yang asyik nak makan walaupun tak lapar.

“Makanan saya semuanya ikut DSSS dan saya pastikan cukup protein dan fibre, low carbs supaya kenyang secukupnya dan mempunyai tenaga yang secukupnya. 

“Makanan saya juga kebanyakannya kukus dan panggang. (Steam/grill) 90% home cooked meals.

“Jenis-jenis makanan pun saya tukar, contoh saya suka spagetti so saya tukar yang wheat punya. Roti pun saya beli yang  freshly made sebab tiada preservatives,”  katanya ketika dihubungi SK.

Tambahnya lagi, dia juga telah melakukan senaman di rumah sebanyak enam kali seminggu berpandukan YouTube sahaja.

Hasilnya, saiz pinggangnya juga telah berubah dari 42 inci kepada 32 inci.

Gambar: Nina Rmn

Nina berharap agar perkongsiannya ini boleh memberikan inspirasi kepada wanita diluar sana untuk menurunkan berat badan walaupun mungkin hasil nanti tidak akan sama dengannya disebabkan faktor umur dan sebagainya.

“Ia boleh dilakukan tanpa menggunakan sebarang ubat kurus, itu yang paling penting saya nak tekankan di sini,” katanya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua yang ingin menurunkan berat badan.

Sumber: Nina Rmn

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.