Siakap Keli
Gambar : sahabatsurga

(Video) Nasib Baik, Detik Cemas Pengawal Berjaya Tahan Motosikal Cuba Nak ‘Redah’ Landasan Ketika Kereta Api Nak Sampai

Sebuah rakaman video memaparkan aksi heroik seorang pegawai landasan kereta api yang menahan motosikal yang ingin menyeberangi landasan itu.

Menerusi perkongsian video daripada Instagram sahabatsurga, kejadian berlaku pada hari Isnin lalu di plot Sumberpucung-Ngebruk, Malang, Indonesia semasa kereta api sedang bergerak di atas landasan itu.

PakYit yang merupakan pegawai pengawal landasan kereta api berkenaan berjaya menahan motosikal tersebut daripada dirempuh oleh kereta api.

Dua penunggang tersebut dipercayai ingin menyeberangi landasan itu untuk ke seberang dan nyaris digilis oleh kereta api jika mereka tidak ditahan.

Aksi yang dilakukan itu sangat berbahaya dan boleh mengundang maut.

Video yang dikongsikan ini telah mendapat perhatian warganet sehingga mencapai julah tontonan sebanyak 400k.

Menerusi akaun Instagram sahabatsurga, orang ramai hendaklah menjadikan video tersebut sebagai pengajaran supaya mematuhi lalu lintas.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sahabatsurga (@sahabatsurga)

Sumber : sahabatsurga

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.