Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Jangan Tekan Dua-dua Serentak, Lelaki Kongsi Fungsi 2 Butang Pada Pam Tandas Yang Ramai Tak Tahu

Eyla Azri
Gambar via TikTok & Google

Bila dah sudah buang air di tandas, selalunya kita akan tekan butang pam untuk simbah sisa ‘kotoran’ lepas ‘buang hajat’ kan? Tapi korang perasan tak yang kebanyakan pam tandas ni ada dua butang?

Kalau korang nak tahu, ada sebab kenapa tangki simbah pada mangkuk tandas ni dibuat dua butang. Butang ini pula selalunya ada dua saiz berbeza, yang satunya kecil manakala satu lagi besar.

Menjawab persoalan tersebut, Jamban King Steve melalui akaun TikTok miliknya ‘membongkar’ fungsi dua butang jamban ni. Video yang dimuatnaik Jamban King Steve mendapat perhatian warga net dan ditonton sebanyak 445.8 ribu kali di TikTok setakat ini.

Melalui video unggahannya, lelaki ini menerangkan bahawa kedua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya. Kalau korang tekan butang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.

Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.

“Selalu tekan dua-dua..”

Menjengah ke ruangan komen, rupanya masih ramai yang tak tahu dua butang pam tandas ni berbeza fungsinya. Lepas tengok video ni jangan tekan dua-dua pulak, nanti membazir air dan pam tandas korang boleh cepat rosak tau!

Sumber: TikTok Jamban King Steve