Selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana mengumumkan bahawa kanser limfoma yang dihidapinya sudah hilang .
Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Elyana sendiri di laman Instagram miliknya awal pagi tadi.
Menurutnya dia tidak dapat mengambarkan perasaan gembira yang dirasainya pada ketika ini dan turut memanjatkan rasa syukur.
“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan semua, perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil, kanser saya hilang!
“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.
“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat,” katanya.
Ujarnya lagi, dia pernah berputus asa untuk berjuang namun dia percaya bahawa masih akan ada keajaiban dan sinar buatnya.
“Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang, tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang penciptaku, Allah maha baik,” ujarnya.
Terdahulu, penyanyi berusia 34 tahun itu mendedahkan kepada orang ramai mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.
View this post on Instagram
Sumber: elyanaofficial1