Siakap Keli

“Rabbi Yassir Wala Tu’assir…” Rawatan Radioterapi Bermula, Elyana Mohon Doa Dari Semua

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana Emrizal, 34, sempat berkongsi keadaannya sebelum menjalani rawatan radioterapi di hospital pada petang ini.

Elyana yang menderita kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu itu, memaklumkan menerusi ruangan Instagram Story miliknya ketika dibawa ke bilik radioterapi sebentar tadi.

“Assalamualaikum.. saya on the way nak pergi ke radioterapi.. doakan okey.. semoga radioterapi kali ini berjalan dengan lancar dan memberikan kesembuhan..ameen..” kata Elyana.

Selepas tiba di sana, Elyana sempat menitipkan kata-kata terakhir sebelum sesi rawatannya bermula.

“Ok dah sampai.. lepas ni turn saya.. Rabbi yassir wala tu’assir..” luah Elyana sebelum ‘mengakhiri’ IG Story tersebut.

Pada semalam, Elyana turut memberitahu bahawa badannya perlu dimasukkan dua pek darah serta susu memandangkan berat badan yang tidak mencukupi iaitu sekitar 35 kilogram.

Dia turut memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya ketika berada di hospital sekaligus dihujani dengan kata-kata semangat dan doa daripada peminat yang mendoakan kesembuhannya.

“Selamat malam.. dah start rindu katil kat rumah.. rindu bau anak-anak dalam bilik.. doakan saya cepat sembuh ya..” katanya.

Difahamkan, radioterapi merupakan salah satu kaedah rawatan kanser yang utama untuk pesakit barah dalam semua tahap penyakit tersebut.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar urusan Elyana dipermudahkan dan kembali sembuh seperti sediakala. Amiin.

Sumber: Instagram Elyana

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'