Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Jangan Buat Main-main..,” Bahaya ‘Hutang Tidur’, Boleh Sebabkan Masalah Kemurungan Dan Keinginan Bunuh Diri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidur merupakan lumrah bagi setiap manusia. Tidur yang cukup sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seseorang, baik yang masih muda atau sudah berusia.

Kekurangan tidur akan mengakibatkan badan terasa penat sekaligus memberi impak negatif terhadap aktiviti harian. Semakin kurang waktu tidur, maka lebih banyak ‘hutang tidur’ yang terkumpul.

Menurut Hello Doktor, hutang tidur atau sleep debt adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kehilangan waktu tidur terkumpul disebabkan oleh kekurangan tidur yang berterusan. Sleep debt boleh memberi impak negatif kepada seseorang, baik dari kesihatan emosi mahupun fizikal.

Oleh itu, Dr Redza Zainol melalui sebuah thread di laman Twitter miliknya terpanggil untuk berkongsi tentang bahaya sleep debt ini. Ikuti perkongsian Dr Redza di bawah.

Isteri mengadu penat

Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu, “Penatnya hari ni.” Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, tiga ke empat kali dia mengadu dia penat.

Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam. Bila saya kira-kira, baru saya tersedar. Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur lima jam saja sehari. Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.

Gambar via Google

Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank. Setiap kali kita tak dapat tidur yang cukup, ‘duit’ tu akan ditarik keluar dari akaun kita. Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-lama akan jadi kosong akaun bank kita tu.

Pada waktu ni, barulah kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik. Inilah keadaan yang dipanggil sebagai sleep debt.

Sleep debt boleh sebabkan keinginan bunuh diri

Isteri yang begini akan selalu ada paras hormon kortisol yang tinggi dalam darah. Hormon kortisol ni ialah hormon stress. Lagi tinggi paras hormon kortisol, isteri mudah jadi pemarah, murung hingga ada yang rasa nak bunuh diri.

Isteri begini juga berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu. Dari segi perubatan, boleh juga menaikkan risiko mengidap diabetes, lemah daya imun badan dan darah tinggi.

Jangan buat main-main dengan sleep debt ni kawan-kawan. Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa perlukan 7.1 jam setiap malam untuk rasa cergas dan bertenaga keesokan harinya.

Tapi 70 peratus dari kita, tak capai pun jumlah jam tu. Hakikatnya, ramai dari kita ni bekerja dari pagi ke petang.

Gambar via Google

Ada isteri bangun seawal pukul 4.30 pagi. Terus ke dapur untuk masak, pinggan dibasuh, sambil tu sempat lagi dia basuh dan ampai baju.

Habis kerja petang, berlari ke pasaraya. Nak masuk pasaraya pun kena beratur, follow SOP. Sampai saja ke rumah, suami isteri sama-sama bersilat uruskan anak mandi dan makan. Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.

Isteri-isteri yang tak cukup tidur setiap hari ni sebenarnya sedang mengumpul ‘sleep debt’ tanpa sedar.

Ambil masa empat hari pulihkan sleep debt

Mengikut sebuah kajian pada tahun 2016, sleep debt ni tak dapat diselesaikan dengan satu hari tidur yang lama. Kajian ni mengatakan kita perlu sehingga empat hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak satu jam sehari. Dahsyat kesan sleep debt ni.

Suami kena hati-hati. Kita fikir kita dah buat macam-macam kerja di rumah, jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri. Tapi kita terlupa yang kita suami isteri kena ada tidur yang cukup.

Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang ada ‘sleep debt’ yang sangat banyak.

Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua.

Sumber: Dr Redza Zainol

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.