Siakap Keli
Gambar: CNA

Berang Laos Kalah Besar, Lelaki Tuduh Perlawanan Lawan Malaysia ‘Diatur’, Minta Pihak Berkuasa Siasat

Skuad Harimau Malaya sekali lagi catat keputusan yang membanggakan apabila berjaya menundukkan pasukan Laos dengan skor 4 berbalas 0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki Cup 2020 semalam.

Hasil jaringan hatrik daripada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dan Shahrul Saad itu telah berjaya meletakkan pasukan negara ke kedudukan selesesa iaitu puncak teratas dalam kumpulan B.

Rata-rata peminat bola sepak tanah air menerima kemenangan itu dengan penuh gembira. Namun lain pula ceritanya bagi satu akaun Twitter yang kecewa akibat daripada kemenangan besar pasukan Malaysia semalam.

Akaun Twitter tersebut dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan penuh itu selepas membalas ciapan akaun rasmi Twitter AFF Suzuki Cup yang melakukan kemaskini keputusan penuh sebaik wisel penamat perlawanan dibunyikan.

Menurut ciapan yang ditulis oleh individu tersebut, dia mendakwa bahawa perlawanan berkenaan telah diatur dan Laos hanya melemparkan perlawanan tersebut kepada Malaysia sahaja.

“Permainan mengatur perlawanan secara terang-terangan di mana Laos melemparkan permainan kepada Malaysia. Korang patut mulakan siasatan. Ini berlaku di Singapura.”

 

Memandangkan ‘username’ Twitter individu berkenaan turut mengandungi perkataan Gambler atau Kaki Judi dalam Bahasa Melayu, warganet yang membaca ciapan tersebut turut tidak ketinggalan memberikan pelbagai reaksi di ruangan balas.

Rata-rata meninggalkan komen lucu yang mungkin terhibur dengan ciapan lelaki berkenaan.

Sumber: @affsuzukicup

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.