Berapa ramai daripada korang yang suka tengok filem seram? Dalam banyak-banyak genre, filem seram antara genre yang paling digemari rakyat Malaysia.
Babak-babak dalam filem seram ni lain macam penangan dia. Tak senang duduk dibuatnya nak habiskan movie ni. Tengok pun dari celah-celah jari je, takut punya pasal. Tapi dalam takut tu pun kita nak tengok jugak kan?
Bagi yang tak ada plan nak buat hujung tahun 2021 ni, boleh la uji keberanian korang dengan marathon lima filem seram ni. Tapi admin bagi amaran siap-siap, jangan tengok sorang, kalau tak memang pergi tandas berteman nanti!
1. Possessed

Filem Possessed atau turut dikenali sebagai Living Death dan Distrust Hell ini mengisahkan seorang pelajar kolej, Hee Jin (lakonan Nam Sang Mi) yang mencari adiknya, So Jin. Kehilangan So Jin menjadi tanda tanya apabila gadis berusia 14 tahun itu tiba-tiba hilang secara misteri.
Pada masa yang sama, jiran mereka didapati bunuh diri dan meninggalkan wasiat kepada So Jin. Menurut khabar angin yang sampai ke telinga Hee Jin, adiknya telah dirasuk dan jirannya yang telah meninggal dunia sering menghantui mimpi Hee Jin.
2. Guimoon: The Lightless Door

Guimoon: The Lightless Door menggambarkan latar tempat sebuah pusat latihan terbiar di Guisari, di mana berlaku satu tragedi berdarah sekitar tahun 1990-an. Di pusat latihan tersebut, seorang pegurus bangunan pernah membunuh beberapa orang pengunjung dan kemudian mengambil nyawanya sendiri.
Menyingkap misteri kematian ibunya yang turut menjadi korban dalam tragedi itu, Do Jin (lakonan Kim Kang Woo) bertindak pergi ke bangunan tersebut. Pada masa yang sama, tiga orang pelajar kolej iaitu Hye Young (lakonan Kim So Hye), Tae Hoon dan Won Jae turut memasuki bangunan terbiar itu untuk rakaman video pertandingan yang mereka sertai. Namun situasi berubah ngeri apabila mereka membuka sebuah pintu di dalam bangunan tersebut.
3. The Whispering

Kehilangan seorang sahabat sudah pasti memberi impak kepada emosi seseorang. Namun lain pula ceritanya dengan Yeo Eun Ha (lakonan So Ju Yeon). Kematian rakannya menjadi mimpi ngeri sehingga Eun Ha mendapat nilai kurang baik untuk ujian kemasukan kolej.
Ingin menjernihkan fikiran dari segala kekusutan ini, Eun Ha bersama lima lagi rakan sekelasnya mengambil keputusan berlibur di pantai. Turut mengikuti trip mereka adalah pelajar popular di sekolah mereka, Kang Min Woo (lakonan Kim Min Kyu).
Namun keadaan mula tegang apabila mereka tersesat dan tersalah jalan menuju ke kawasan pergunungan. Tanpa disedari, mereka tiba di sebuah taman tema terbiar dan sempat dihalau seorang wanita tua misteri.
Walaupun telah dihalau, mereka berkeras untuk berpatah balik dan memasuki rumah hantu yang berada di taman tema tersebut. Ketika melangkah di dalam rumah hantu berkenaan, mereka mula mendengar bisikan-bisikan misteri.
4. 7ujuh

7ujuh merupakan filem seram tempatan yang dibintangi barisan pelakon hebat Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Christina Suzanne dan Marsha Milan Londoh. Filem pecah panggung yang ditayangkan pada 8 November 2018 ini menerapkan latar masa sekitar tahun 1970-an.
7ujuh mengisahkan tujuh orang rakan yang sedang bercuti di sebuah banglo mewah di pedalaman yang dijaga oleh ketua kampung di situ bersama anaknya Suri (lakonan Marsha Milan). Tujuh sahabat ini mengadakan parti di banglo berkenaan dan kemudian meminta Suri untuk membantu mereka membersihkan rumah.
Namun parti tersebut bertukar liar dan Suri telah diperkosa. Sebelum menamatkan riwayatnya, Suri bersumpah akan menghantui tujuh sahabat itu.
Pada awalnya, mereka tidak mengendahkan sumpahan Suri. Keadaan bertukar tragis apabila mereka terperangkap di banglo itu dan seorang demi seorang daripada mereka meninggal dunia.
5. 0.0 MHz

0.0 MHz adalah sebuah filem seram yang diinsiprasikan dari webcomic dengan judul yang sama. 0.0 MHz mengetengakan dua watak utama iaitu So Hee (lakonan Jung Eun Ji) dan Sang Yub (lakonan Lee Sung Yeol).
Filem ini mengisahkan lima orang pelajar yang juga merupakan ahli kumpulan supernatural. Kelima-lima mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu mengkaji keberadaan makhluk halus dan ingin membuktikan teori mereka di sebuah rumah di kawasan pedalaman yang dikatakan berhantu.
Kelima anak muda ini ingin menguji sama ada makhluk halus boleh berhubung dengan manusia sekiranya frekuensi gelombang otak manusia berada pada 0.0 MegaHertz. Mereka melakukan pelbagai ritual untuk memanggil makhluk-makhluk halus di rumah tersebut, sementara So Hee terpaksa melawan ‘makhluk’ yang ‘menghuni’ badannya.
Semuanya Rancak, Percuma!
Semua movie ni korang boleh tonton di platform layanan video Viu. Sempena kempen “Semuanya Rancak” akhir tahun ni, Viu nak ‘belanja’ korang tengok movie secara percuma tau!
Selain lima movie seram ni, korang boleh jugak tonton pelbagai drama dan filem dari Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia ikut genre kegemaran korang. Tinggal pilih je!
Setakat ni Viu tak umumkan lagi kempen “Semuanya Rancak” ni berakhir bila. Jadi tunggu apa lagi, sementara ada peluang, cepat-cepat muat turun aplikasi Viu di Google Play dan App Store. Takut terlambat nanti menangis kat bucu.