Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Dah nak hujung tahun ni, mesti ramai kaki shopping tengah sibuk buat persiapan untuk intai jenama-jenama besar yang akan buat sales nanti.
Bagi ulat buku, penggemar novel khususnya yang suka baca novel fiksyen, klasik dan seangkatan dengannya lah. Ada berita baik untuk korang ni.
Kedai buku terkenal di Malaysia iaitu POPULAR/HARRIS akan buat sales yang tak masuk akal langsung. Sales yang dikenali dengan nama BookFest @ Malaysia 2021 ini yang berlangsung bermula 10 hingga 19 Disember 2021 ni dengan bertemakan Gateway to Wonders.
Sebelum terlupa BookFest @ Malaysia 2021 ni akan diadakan di 47 cawangan POPULAR/HARRIS terpilih di Semenanjung Malaysia je tau. Kalau nak tahu cawangan mana je yang terlibat, boleh klik di sini https://bit.ly/3xZoNdl
Tema Gateway to Wonders tu sebenarnya diinspirasikan daripada karakter dalam cerita Alice’s Adventures in Wonderland; Queen of Hearts, Mad Hatter, Tweedledee & Tweedledum, Cheshire Cat, Caterpillar and Dodo tau. Mesti korang tahu punya cerita-cerita ni kan?
Dalam event ni nanti ada macam-macam aktiviti yang POPULAR dah susun tau. Antaranya adalah ada sesi sembang santai, aktiviti menarik untuk kanak-kanak, pertandingan, ada sesi tawar menawar yag tak masuk akal, serta sesi perkongsian daripada personaliti terkenal. Nak tahu dengan lebih lanjut atau siapa personaliti tu, haa baca dekat bawah ni.
Tawaran menarik Wonderland
Star Buys – Diskaun Sehingga 70%* – Nikmati diskaun sehingga 70% untuk buku fiksyen, buku gaya hidup, buku bukan-fiksyen, gajet dan pelbagai barangan alat tulis.
RM10 Treats – Dapatkan lebih dari 600 buku pilihan, aksesori gajet&IT dan pelbagai alat tulis terpilih dengan harga cuma RM10 sahaja!
Daily Specials – Sebagai permulaan, nikmati pelbagai Tawaran Harian Istimewa, dengan lebih 200 produk buku Melayu dan Inggeris, gizmo terkini serta alat tulis dengan diskaun sehingga 85%.
WOW! Rebutlah Sekarang di BookFest! – 16 barangan yang dipilih khas, daripada buku hingga ke aksesori gajet&IT sehinggalah ke makanan ringan, pada harga yang menarik.
Belian dengan Belian – Belanja sehingga RM60nett untuk menikmati harga yang sangat rendah bagi barangan yang dipilih khas, termasuk 64GB Sandisk Shift USB3.0 Flash Drive dan 1 liter ZEBRA Stainless Food Storage.
Beli & Dapatkan Ganjaran! – Belanja sebanyak RM120nett dan ke atas, anda akan diberikan dengan ganjaran baucar bernilai lebih RM50 termasuk baucar Promosi POPULAR RM10, baucar Produk Alat Tulis, baucar KENNY ROGERS ROASTERS, baucar MARRYBROWN dan baucar NESPRAY®.
TAMBAHAN RM5* Baucar Hadiah POPULAR – Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150nett dalam satu resit dengan menggunakan Kad Kredit/Debit Public Bank, anda layak untuk menerima baucar hadiah POPULAR tambahan RM5.
Sesi Perkongsian dan Aktiviti
Sesi Perkongsian Secara Live Oleh Penulis Tempatan
Jangan lepaskan peluang untuk ikuti sesi perkongsian pengalaman, ilham, imaginasi dan pelbagai lagi yang akan dikongsi oleh penulis tempatan secara langsung dan terus kepada anda!
- Ikuti sesi perkongsian secara langsung daripada penulis buku genre seram terkenal iaitu Tunku Halim sambil membincangkan tentang siri The Midnight Children pada 14 Disember ini jam 8 malam.
- Ketahui beberapa petua perancangan kewangan bersama penasihat kewangan, Zaidi Ismail pada 16 Disember ini jam 8 malam.
- Selami dunia sastera Melayu menerusi karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pada 18 Disember ini jam 8 malam.
Sesi Perkongsian Penulis Tempatan di POPULAR Flagship Store @ IPC Shopping Centre
Dapatkan pratonton The Apple and the Three sambil Marina Mahathir berkongsikan tentang buku terbarunya di POPULAR Flagship Store yang terletak di IPC Shopping Centre pada 12 Disember ini jam 5 petang.
Memasak dengan Chef Eksklusif POPULAR
Ketahui resipi baru yang menyelerakan daripada penulis buku masakan terkenal iaitu Marina Mustafa melalui sesi perkongsian LIVE di Halaman Facebook POPULAR Malaysia pada 15 Disember, jam 12 tengah hari.
Crazy POP Bargain
Dapatkan beberapa produk gajet terhangat pada harga terendah! Sertai LIVE di Halaman Facebook POPULAR Malaysia pada 11 Disember jam 11 pagi, dan dapatkan barangan kegemaran anda.
Sesi Perkongsian LIVE Produk di Halaman Facebook POPULAR Malaysia
Kenali pelbagai jenis sistem bunyi hebat daripada Vinnifier melalui Sesi perkongsian LIVE Produk pada 19 Disember ini mulai 11 pagi di LIVE Facebook POPULAR Malaysia. Selain daripada itu juga ada dua aktiviti lain yang akan diadakan dalam Sesi perkongsian LIVE Produk ni. Satu ialah, Christmas Candy Box Workshop yang akan diadakan pada 11 Disember (Sabtu) ni bermula jam 8pm. Satu lagi ialah Faber Castell Back to School Workshop yang dijangka akan berlangsung pada 17 Disember (Jumaat) bermula jam 4pm.
Eksklusif untuk Ahli Kad POPULAR
Daftar atau perbaharui POPULAR Privilege Card 3-year untuk mendapatkan Travel Silicone Folding CUP POPULAR yang Eksklusif atau POPULAR Card 1-year untuk mendapatkan Pilot Juice Up Super smooth writing gel pen.
BookFest @ Malaysia E-Leaflet (E-Risalah)
Korang kalau nak dapatkan maklumat secara lebih terperinci lagi berkenaan promosi dan produk, layari E-Risalah POPULAR dekat laman web rasmi POPULAR di https://bit.ly/3xZoNdl