Satu video yang memaparkan seorang anggota tentera udara Indonesia didakwa menghalau ibu mertuanya yang berkerusi roda keluar dari rumahnya telah menjadi tular di media sosial.
Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang tidak berbaju telah menyuruh ibu mertuanya keluar dari rumahnya.
Menurut portal bekasi.pikiran-rakyat.com, lelaki tersebut bertugas di Wing 6 Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin Pekanbaru, Riau, Indonesia.
Dalam video itu, lelaki tersebut mengarahkan ibu mertuanya yang berkerusi roda itu untuk meninggalkan rumahnya yang diketahui sebagai kuarters rasmi bagi kakitangan kerajaan.
“Keluar, keluar kau, ini rumah aku,” kata lelaki tersebut.
“Ini rumah negara yang punya, kerana aku bekerja disini, kau diam,” tambah lelaki itu.
Dalam video yang tular itu, lelaki tersebut dilihat keluar masuk sambil terus memanggil ibu mertuanya supaya cepat meinggalkan rumahnya.
“Keluar, keluar,” katanya sambil mengheret kerusi roda kepunyaan ibu mertuanya ke arah pintu.
Ekoran daripada tularnya video tersebut, Ketua Perkhidmatan Maklumat Tentera Udara Indonesia, Indan Gilang Buldansyah terpanggil untuk memberikan maklum balas.
Indan Gilang berkata, kes yang tular di media sosial itu adalah masalah kekeluargaan.
Ketika ini, lelaki itu sedang disiasat oleh Polis Tentera Udara dan Intel Tentera Udara, Roesmin Nurjadin Riau.
Menurut Indan Gilang, pihaknya akan memastikan kes tersebut akan diselesaikan. Jika benar lelaki itu terbukti melakukan pelanggaran, dia akan dikenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai.
View this post on Instagram
Sumber: bekasi.pikiran-rakyat.com