Siakap Keli
Gambar: TikTok @nraliia

(Video) “Nak Tinggal Di Cameron?” Semua Sejuk, Wanita Kongsi Benda Kena Hadap Hari-hari Kalau Tinggal Di Cameron Highland

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je kan yang tak suka pergi Cameron Highland? Lagi-lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang tak menentu ini. Ada ketika panas berpanjangan, kadang-kadang malam pun masih panas.

Disebabkan itu, apabila ada kawasan yang sejuk seperti Cameron Highland, dan Genting Highland memang semua orang suka nak pergi, tak kurang juga yang mahu tinggal di sana terus.

Tetapi, betul ke semua yang seronok-seronok sahaja kalau hidup di kawasan sejuk seperti itu? Oleh itu, menerusi sebuah perkongsian video di akaun TikTok Alia Rizki, wanita ini telah berkongsi pengalamannya  tinggal di Cameron Highland.

Suhu persekitaran sudah tentunya akan mempengaruhi aktiviti seharian kita, bukan? Oleh yang demikian melalui video ini, pemilik menunjukkan perkara yang dia hadapi setiap hari apabila menetap di situ.

Pemilik menunjukkan satu tong minyak masaknya yang sudah beku dek kerana cucaca yang sejuk. Perkara ini mesti ramai pengunjung tidak tahu, kerana jaranglah kalau pergi bercuti kita akan memasak kan.

Kemudian, pemilik turut menunjukkan dirinya memakai sepasang stoking kerana lantai yang terlalu sejuk sehingga menggigil, dan makanan yang sudah di masak juga akan cepat sejuk.

Tambahnya lagi, “Nak basuh pinggan pun malas sebab air macam ais,” tulisnya dalam video tersebut. Waktu tidur pula, wajib menggunakan dua helai selimut untuk memanaskan diri dan dapat tidur dengan selasa.

Belum lagi cerita bab mahu mandi, “Nak mandi? Aih faham-faham sahaja lah,” tulisnya di dalam video tersebut. Hal yang satu ini pasti semua orang sudah tidak asing lagi, kerana kalau kita bercuti di sana pun kita mesti akan rasa malas nak mandi kerana air yang terlalu sejuk.

Namun begitu, sudah memang lumrah kehidupan di dunia setiap pilihan dan perkara yang di lakukan pasti ada baik dan buruknya. Jadi korang bolehlah buat pilihan yang mana terbaik ya.

@nraliia

but still i love living here 😂 #fyp#cameronhighland

♬ original sound – 🧚🏻

 

Menjengah ke ruangan  komen, ramai warganet yang terhibur dan berkongsikan pengalaman mereka ketika bercuti di Cameron Highland:

Kredit: TikTok @nraliia
Kredit: TikTok @nraliia
Kredit: TikTok @nraliia
Kredit: TikTok @nraliia

BACA: Bikin Suspen, Rupanya Ini Mesej Tersembunyi Dalam The Sweet Goodbye Magnum x Money Heist, Untuk Peminat Malaysia

Sumber: Tiktok @nraliia

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.