Siakap Keli
Kredit: Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

Tular Video 9 Kenderaan Memotong Di Lorong Kecemasan, Tiga Lelaki Hadir Ke Balai Trafik PD Bantu Siasatan

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video di media sosial Facebook memaparkan sembilan buah kenderaan yang didapati memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Kejadian dikatakan berlaku pada 12 Disember 2021 (Ahad) antara jam 2 hingga 3 petang. Pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong.

Dalam Kenyataan Media YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson, tiga orang lelaki berbangsa Melayu dipercayai pemandu kepada 3 buah kenderaan yang terlibat telah hadir ke balai Trafik Port Dickson untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham bin Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia 57, 46 dan 36 tahun. Masing-masing dikatakan bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan Pihak Berkuasa Tempatan.

Menurut Aidi Sham, pihak polis masih lagi mengesan 6 pemandu/pemilik kenderaan yang terlibat dalam menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.

Siasatan dijalankan bawah Sek 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959

Sumber: IPD Port Dickson

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.