Siakap Keli

“Nasib Baik Aku Teringat..,”Takut Dicop Anak Derhaka, Lelaki ‘Share’ Hantar Hadiah ‘Last Minute’ Masa Hari ‘Anniversary’ Mak Ayah

Dalam zaman serba moden dengan pelbagai ciptaan gajet yang ada sekarang ni, macam-macam perkara yang boleh dilakukan walaupun berada ditempat yang sangat jauh dengan orang yang tersayang buat korang semua. Selain daripada gajet yang dicipta dengan berteknologi tinggi, sekarang juga dah ada banyak jenis servis yang jarang ada masa zaman dulu dilakukan untuk kemudahan semua orang. Salah satunya ialah seperti servis penghantaran untuk macam-macam jenis barang ke mana-mana tempat yang korang nak.

Mudah sangat kan, semuanya di hujung jari je. Kalau macam ni pon korang dah rasa kagum, ada satu lagi feature ni memang akan buat rasa lebih excited nak order barang. Feature tersebut adalah bila order barang, tapi akan cepat je sampai kepada penerima yang korang nak hantar barang tersebut walaupun buat order pada waktu last minute sangat dan juga yang duduk jauh. Seronok kan.

Yelah, kita selalu faham yang kalau nak order barang online ni mesti plan awal-awal kan. Kalau tak, mesti lambat sampai la, order tiba-tiba kena cancel la atau pon kena bayar cas mahal sebab nak cepat sampai lag-lagi kalau order untuk orang yang duduk jauh dan lain negeri dari korang. Salah satu servis yang buat order last minute ni menjadi untuk semua orang di Malaysia ialah servis Grab 100+ Cities Delivery (BETA). Nama kempen Grab buat ni ialah ‘Last Minute Gifting‘. Untuk yang nak tahu lebih lanjut, korang boleh ikuti kisah lelaki ni yang order hadiah untuk dihantar waktu last minute.

Aku baru-baru ni memang kagum sungguh la dengan servis Grab sekarang ni. Rupa-rupanya diorang ni bukan sekadar hantar makanan je dah sekarang tau. Selain tu, diorang jugak boleh hantar pelbagai jenis barang yang korang nak diorang ni hantar tau. Segala jenis boleh. Aku bertambah kagum and excited lagi lah bila dapat tahu yang diorang ni ada buat kempen ‘Last Minute Gifting’ sekarang. Selamat hidup wei.

Cerita dia macam ni. Minggu lepas sebenarnya hari ulang tahun yang ke-43 untuk ibu dan ayah aku. Aku memang dah pasang niat lama dah nak bagi diorang hadiah sempena hari ulang tahun diorang ni. Tapi, sebabkan aku agak busy dengan kerja sebelum ni, aku pon terus terlupa nak order barang-barang untuk diorang supaya dapat dijadikan hadiah. Aku pon dah mula dah kalut, takkan nak bagi lambat kan. Tak surprise lah kalau gitu. Aku pon cuba la cari ilham macam mana la aku nak buat supaya bagi jadi jugak.

Masa tu, aku scroll la internet kan untuk cari seller yang boleh hantar kan hadiah untuk diorang secepat mungkin sebab dah lambat sangat. Aku terus dapat tau tentang kempen ‘Last Minute Gifting’ daripada servis Grab 100+ Cities Delivery (BETA) ni. Aku pon terus la download app Grab tu dan cuba tengok apa yang ada. Ya Allah, punya la rasa seronok dan bersyukur tu sebab segala jenis barang boleh order dan hantar time tu jugak walaupun dah last minute sangat.

Nasib baik aku teringat nak order dan nasib baik juga tak jadi anak derhaka! Alang-alang dah banyak pilihan tu, aku belikan la produk penjagaan diri, produk kecantikan kepada ibu dan aku pilih snek, coklat dan juga suplemen kesihatan untuk ayah. Yang paling best sekali, walaupun ibu dan ayah aku duduk kat Kedah sana sementara aku ni ada dekat Kuala Lumpur kan, servis Grab 100+ Cities Delivery (BETA) ni tetap boleh buat plan aku ni menjadi.

 

Apa lagi korang, cuba la guna servis Grab dalam kempen ‘Last Minute Gifting‘ ni untuk surprisekan yang tersayang. Dapat servis yang sangat berbaloi dan juga terbaik. Beri hadiah antara bandar di mana korang boleh memesan sebarang hadiah last minute daripada GrabFood atau GrabMart dan menghantar ke seluruh bandar di Malaysia ni.

100+ Langkah Penghantaran Bandar

1) Buka aplikasi Grab dalam phone korang.

2) Lepas tu, cari feature yang bertulis ‘100+ Cities Delivery‘ di paparan utama aplikasi Grab.

3) Tekan kemudian.

4) Pilih sama ada Makanan atau Kedai

5) Pilih bandar pilihan yang nak dihantar.

6) Masukan alamat penerima.

7) Teruskan buat order apa yang korang nak seperti biasa.

Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web Grab 100+ Cities Delivery (BETA) untuk ‘Last Minute Gifting ni.

Nor Fakhry

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.