Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tsunami telah dikesan di Marapokot pada jam 11:36 pagi (waktu tempatan) susulan gempa berkekuatan magnitud 7.4 dikenalpasti.
Baca: Gempa Magnitud 7.5 Gegar Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan & Gempa Susulan Dirasai Selang Beberapa Minit
Melalui perkongsian, tsunami di Marapokot itu dikatakan pada ketinggian 0.07 meter.
#Pemutakhiran,Tsunami akibat Gmp Mag:7.4SR, telah terdeteksi di MARAPOKOT(10:36WIB)0.07m REO(10:39WIB)0.07m,#BMKG pic.twitter.com/0m2cbLCBZj
— BMKG (@infoBMKG) December 14, 2021
**Kemaskini: Pihak BMKG dalam satu posting sebentar tadi menyatakan bahawa tsunami yang disebabkan oleh gempa magnitud 7.4 telah berakhir.
Peringatan Dini #Tsunami yang disebabkan oleh #Gempa Magnitudo: 7.4, 14-Des-21 10:20:23 WIB, dinyatakan telah berakhir #BMKG https://t.co/foNXUMzNoI
— BMKG (@infoBMKG) December 14, 2021
Sebelum ini, pihak BMKG telah pun mengeluarkan peringatan awal tsunami di beberapa wilayah antaranya Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan, dan Sulawesi Tenggara.
Dalam masa sama, gempa susulan dengan magnitud lebih dari 5.0 turut dilaporkan berlaku pada pukul 10.47.02 (waktu tempatan). Gempa tersebut berlokasi di 129km BaratLaut Maumere, Sikka, NTT.
Sumber: Liputan, Twitter BMKG