Siakap Keli

TERKINI: Gempa Magnitud 7.5 Gegar Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan & Gempa Susulan Dirasai Selang Beberapa Minit

Gempa bumi berkekuatan 7.5 dilapor melanda kawasan 113 km barat laut Larantuka, NTT. Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berlaku sebentar tadi, pada 11:20 pagi (waktu tempatan).

Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan Barat Laut Larantuka pada kedalaman 10 kilometer. Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakan benda dan kehilangan nyawa dilaporkan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) mengeluarkan amaran awal tsunami di Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan dan Sulawesi Utara selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.5 magnitud.

“Amaran Awal Tsunami bagi kawasan: MALUKU, NTB, NTT, SULSEL, SULTRA, Gempa Magnitud: 7.5, 14-Dec-21 10:20:22 WIB,” dipetik dari akaun Twitter BMKG, Selasa (13/12).

Kredit: BMKG

Selang beberapa minit, gempa susulan turut dilaporkan di daerah berdekatan melalui laman Twitter rasmi Jabatan Meteorologi Indonesia.

Hal ini telah menarik perhatian warganet kerana mereka juga turut berkongsi merasakan gegaran yang berlaku dan berharap keadaan kembali reda.

Sumber: Twitter

Aireena Marizan