Beberapa bank menerusi kenyataan di laman media sosial masing-masing memaklumkan bahawa mereka akan melaksanakan semula caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank (Interbank) di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Pelaksanaan itu akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022.
Antara bank yang terlibat adalah Maybank, CIMB Bank, AmBank, dan RHB Bank.
Sumber: Maybank, RHB Bank, CIMB Bank & AmBank