Pandemik yang melanda negara sememangnya memberikan pelbagai kesan kepada banyak pihak. Bukan itu sahaja, pelbagai bidang dan sektor turut terjejas ekoran beberapa penutupan yang dilakukan bagi mengawal jangkitan tersebut.
Dalam pada itu, golongan wanita juga turut terpalit dengan isu ini dan ada yang hilang pekerjaan dan secara tidak langsung pendapatan mereka turut terjejas. Walau bagaimanapun, tidak perlu khuatir kerana golongan wanita turut menerima berita baik untuk meneruskan kehidupan.
Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini oleh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dirangka berdasarkan senario negara yang berada dalam era pandemik.
Banyak perkara penting diutamakan dalam bajet tersebut. Tidak ketinggalan fokus kepada para wanita. Ia disifatkan sebagai bajet yang mesra wanita dan keluarga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui manfaat yang diberikan kepada golongan wanita dalam bajet 2022.
Program MyKasih Kapital
Program untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah ini, merangkumi bantuan asas modal perniagaan dan bimbingan serta latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.
Untuk permohonan, layari https://yknm.org.my/bantuan-mykasih-kapital/
Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
Memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman dalam KWSP dan PERKESO, khusus untuk mereka yang berumur sehingga 55 tahun.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri
TekunNita
Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.tekun.gov.my/en/
DanaNita
Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita yang terkesan.
Untuk memohon sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/ent-menu/support- facilities/ent-business-finance/dananita/
Program Pencegahan Kesihatan Wanita
Subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi serta ujian saringan kanser serviks.
Kit Asas Kebersihan Wanita
Kit asas kebersihan diri percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lppkn.gov.my/index.php/perkhidmatan– pembangunan-keluarga/1308-aplikasi-interaktif-remaja-mykafeteen
Woman On Board
Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Cadangan ini dijangka berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.
Cara Memohon DanaNita
Dua skop pembiayaan disediakan, meliputi modal pusingan dan pembelian mesin serta peralatan.
Syarat kelayakan:
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18-60 tahun.
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
- Perniagaan patuh Syariah dan bebas daripada senarai hitam MARA
Layari portal Sistem Permohonan Pembiayaan MARA HYPERLINK “https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx” untuk permohonan online.
Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru’
Klik maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar permohonan
- Cetak salinan permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk disini https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaa n.pdf
Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat Mara Daerah yang terdekat atau layari http://aplikasi.mara.gov.my/MyUsahawan/