Siakap Keli

“Penutup 2021 Yang Terbaik,” Ini Kata Mereka Yang Dah Tonton Spider-Man: No Way Home

Spider-Man: No Way Home ditayangkan di Malaysia secara rasmi hari ini dan rata-rata penonton yang menyaksikan tayangan awal semalam berkongsi di media sosial masing-masing dengan feedback yang tidak mengecewakan.

Spider-Man: No Way Home merupakan projek diantara Sony Pictures dan Marvel Studios untuk Marvel Cinematic Universe (MCU), menampilkan Tom Holland sebagai Spider-Man dengan pembawakan karakter yang sedikit berbeza daripada siri filem sebelumnya. Tak hairanlah, cerita in hype sebelum release lagi.

Tom Holland sebagai Peter Parker akan meneruskan kisah dari penghujung filem Spider-Man: Far From Home identitinya terbongkar dan Spider-Man dituduh membunuh Mysterio. Selain Tom Holland, Zendaya akan kembali sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned Leeds dan Marisa Tomei sebagai Aunt May. Bersama mereka, Benedict Cumberbatch akan muncul sebagai Doctor Strange, Alfred Molina sebagai Doctor Octopus dan Jamie Foxx sebagai Electro.

Sumber: Twitter, iMDB

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.