Berdasarkan Statistik Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, secara purata setiap hari kira-kira 1,300 orang dibuang antara Mei dan Ogos 2021.
Sudah hampir 2 tahun krisis ini membelenggu negara, dan kita kini sudah berada di fasa endemik yang menyaksikan sedikit demi sedikit negara semakin pulih, ekonomi semakin rancak, dengan banyak peluang pekerjaan mula dibuka.
Apa pun, untuk korang yang baru atau sedang mencari kerja, jangan risau geng! Berita best untuk korang, menerusi Bajet 2022, kerajaan menawarkan beberapa insentif untuk ‘job hunter’ ni siap bagi ‘duit free.’ Macam mana nak mohon? Baca maklumat terperinci di bawah.
#1 Insentif Penggajian JaminKerja
Bagi inisiatif ini kerajaan akan beri korang duit sehingga RM5,400.00! Tapi terhad kepada 4 kategori ini saja.
Pencari Kerja/ Ganti Pekerja Asing
Korang yang baru nak cari kerja atau sedang mencari kerja, itu dikira sebagai kategori pencari kerja. Rasanya ramai layak dapat ni kalau cukup syarat. Untuk lulus syarat permohonan, korang kena cari kerja sampai dapat dulu!
Contoh situasi:
Katalah korang cari kerja dan dapat kerja dengan syarikat A ni kan dan gaji korang 1,200 sebulan minimun, Korang tau tak Kerajaan akan bantu tambah 20 hingga 30 peratus daripada gaji korang. Maknanya, Kerajaan akan bantu syarikat untuk bayar gaji korang antara RM240.00 hingga RM360.00
Insentif ini akan diberikan selama 12 bulan. Jadi, RM 240.00 x 6 bulan = RM1,440.00 + RM360.00 x 6 bulan = RM 2,160.00. Jadi, total yang Kerajaan akan bantu majikan untuk mengambil korang berkerja adalah RM2,160.00
Ganti Pekerja Asing
Jika pencari kerja menggantikan pekerjaan yang biasanya diambil oleh pekerja asing, terdapat top-up 10% kepada gaji anda selama 12 bulan secara langsung. Contohnya gaji RM 1,200 sebulan, Kerajaan akan top-up gaji korang RM 120 sebulan supaya gaji keseluruhan korang menjadi RM 1,320 sebulan. Dengan ini, kedua-dua majikan dan pekerja diberi insentif oleh Kerajaan.
Golongan Rentan/Wanita/Sektor ICT/Sektor Pelancongan
Kalau korang dalam kategori ini, atau ada saudara-mara, kawan-kawan, ahli keluarga sendiri dalam kategori ini, jangan malu nak dapatkan insentif ini. Syaratnya mudah saja, cari kerja dan dapatkan kerja.
Contoh situasi:
Dapat kerja gaji RM1,200, dan nanti kerajaan akan tambah 30 hingga 40 peratus daripada gaji itu, maknanya majikan dapat RM360.00 hingga RM480.00 sebulan, menjadikan pendapatan korang antara RM1,560.00 dan RM1,680.00.
Insentif ini juga dibayar selama 12 bulan, dan jika dikira, jumlah pendapatan setahun lebih kurang RM5,000+. Betul tak?
Perantis
Korang cari kerja, tengok mana-mana iklan jawatan kosong yang ada tulis program perantis. Tapi jangan salah program perantis, sebab program perantis ini banyak.
Syaratnya mudah saja, cari kerja di bawah program perantis kerajaan dan korang akan diberikan sehingga RM900 sebulan selama 6 bulan (6 kali bayar). Maknanya, korang akan dapat sehingga RM5,400.00! Wow!
Pekerja Gig
Pekerjaan gig ini merujuk kepada apa-apa sahaja jenis pekerjaan yang bersifat sementara. Contoh, dekat Malaysia pekerjaan gig yang terkenal adalah seperti penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda.
Nak selamat, pastikan korang cari dan dapatkan kerja ini di bawah program kerjasama antara syarikat Grab atau Foodpanda dengan kerajaan. Itu sahaja syaratnya.
Jadi nanti kerajaan akan beri dekat korang RM600.00 sebulan selama 6 bulan (6 kali bayar) maknanya korang dapat total RM3,600.00.
Dapat duit free tu! Apa lagi tunggu? Pergi cari kerja cepat. Untuk memohon pekerjaan, terokai Portal MyFutureJobs
#2 MySTEP
Korang yang tak bekerja lagi itu, boleh cari kerja dengan cara mendaftar dengan MySTEP. Melalui MySTEP, korang akan diberikan latihan dan peluang bekerja dalam sektor awam, agensi-agensi, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company) macam PETRONAS, Tabung Haji, dan banyak lagi.
Jadi apa yang korang dapat? Korang akan dapat pengalaman kerja dan elaun. Dapat itu saja? Tidak geng! Kalau perfomance baik mesti korang berpeluang besar untuk diserap kerja terus dekat situ.
Rebutlah peluang ini, ada lebih 80,000 kerja kosong ni! Layari portal laman web Kementerian Sumber Manusia
Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mesti mengambil peluang sebaik sahaja program ini dibuka kepada orang ramai. Jangan terlepas peluang ini. Maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
#3 Elaun Mencari Pekerjaan
Insentif #1 tadi adalah daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Sekarang ini adalah insentif atau elaun “duit free” daripada PERKESO. PERKESO senang cakap adalah pertubuhan yang menjaga kesejahteraan sosial semasa kita bekerja. Sekiranya ada apa-apa perkara buruk terjadi pada kita semasa bekerja, PERKESO datang membantu! Haaa begituu…
Elaun ini layak untuk semua orang, sama ada pencarum atau bukan pencarum PERKESO. Nak dapatkan elaun ini kena daftar program mencari pekerjaan ini di bawah PERKESO. Itu sahaja syaratnya.
Contoh situasi:
Katalah korang cari kerja lepas itu dapat kerja yang gaji RM1,200 sebulan. Jadi PERKESO akan salurkan sehingga 80 peratus daripada gaji itu, maknanya korang akan dapat sehingga RM960.00 sebulan.
Permohonan boleh dibuat mula 15 Julai 2021 melalui Aplikasi Prihatin PERKESO. Muat turun aplikasi melalui Play Store dan App Store untuk buat permohonan dan semakan status permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1 300 22 8000 atau email ke [email protected]
#4 Insentif Kepada Majikan Yang Menggaji Perantis
Dalam insentif ini, korang tak dapat duit itu terus tapi duit itu boss korang yang dapat. Lepas itu boss korang mungkin akan beri kepada korang dalam bentuk lain macam dapat kerja tetap, dapat bonus, insentif, dapat duit kerja lebih masa (OT), dan sebagainya.
Contoh situasi:
Boss korang akan dapat RM900 selama 6 bulan. Jadi total dah RM5,400.00. Dengan itu, boss korang boleh meneruskan kelangsungan perniagaan dan dapatkan keuntungan perniagaan kemudian beri bonus dekat korang! Sama-sama untung kan?
Insentif ini sangat bagus untuk korang yang fresh grad dan mahu mencari pengalaman bekerja.
Harap korang terkam peluang ini. Jadi macam harimau, terkam apa saja mangsa depan mata. Jangan ambil sambil lewa. Bajet 2022 ini special. Tak setiap tahun ada. Paling tidak pun nanti korang ada duit modal untuk cari kerja atau duit nak pusing modal masa cari kerja. Dahlah nak cari kerja kena keluar duit banyak, nak pergi temu duga, nak isi minyak petrol bawa kereta, nak beli baju cantik-cantik, smart-smart. Dah tak payahlah fikir panjang-panjang lagi, Korang boleh pergi ke setiap link diatas untuk maklumat lebih lanjut.