Siakap Keli
Gambar: memomedsos

(Video) Berani Tapi Lucu, Viral Wanita Larikan Motosikal Peragut Selepas Beg Tangannya Diragut

Satu video yang memaparkan kejadian ragut membabitkan dua lelaki dan seorang wanita telah menjadi tular di media sosial.

Video kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram bernama @memomedsos.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu, wanita tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan ke pejabatnya.

Wanita tersebut tampak sedang berbual di telefonnya sambil menunggu rakannya sampai sebelum dia hendak masuk ke pejabatnya.

Dalam masa yang sama, terdapat sebuah motosikal dari arah bertentangan yang dinaiki oleh dua lelaki telah melalui jalan tersebut.

Motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki itu telah bertindak memusingkan kenderaan mereka dan secara tiba-tiba seorang lelaki telah turun dari motosikal dan menarik beg wanita berkenaan.

Wanita tersebut telah bertindak pantas dengan mempertahankan begnya sehingga terjadinya kejadian tarik menarik diantara peragut dan wanita berkenaan.

Selepas melihat rakannya sulit untuk mendapatkan beg tangan wanita berkenaan, penunggang motosikal itu bertindak turun dan meninggalkan motosikalnya.

Kedua-duanya pun berusaha untuk menarik beg tangan wanita tersebut.

Menyedari bahawa dia tidak memiliki kekuatan untuk mempertahankan beg tangannya, wanita tersebut telah bertindak mengalihkan fokusnya kepada motosikal yang digunakan peragut berkenaan.

Wanita itu telah melepaskan begnya dan terus meluru laju ke arah motosikal yang digunakan suspek untuk melarikannya.

Tidak dapat dipastikan kesahihan mahu pun pengakhiran insiden tersebut.

Walaupun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat tanda suka sebanyak lebih enam ribu kali.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

 

Sumber: memedsos

Aqmal Ezany

I write what is right