Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Lelaki Ini Cadangkan Semua Universiti Beri Tempoh Bertenang Untuk Semua Pelajar

Ekoran kejadian banjir di beberapa buah negeri dan kawasan semenjak beberapa hari ini, banyak pihak yang terjejas. Tidak kira dari segi kewangan, bekalan makanan dan minuman, tempat tinggal mahupun kekuatan fizikal dan mental.

Begitu juga buat pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi mereka yang tidak dapat pulang di sisi keluarga yang terjejas, sudah pasti tragedi ini mencetuskan kebimbangan terhadap keluarga mereka yang terkandas.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di Twitter, pelajar ini meluahkan rasa serta harapannya agar pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) memberikan tempoh bertenang buat para pelajar di waktu yang genting ini.

Hal ini kerana terdapat juga segelintir pelajar yang terjejas ekoran banjir ini, lebih-lebih di kawasan yang dilanda banjir. Ada di antara mereka yang kehilangan buku mahupun komputer riba (laptop) menyukarkan mereka untuk menyertai kuliah seperti biasa.

Twitter

Sementara itu, sebuah universiti awam, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dikhabarkan telah memberi tempoh bertenang buat para pelajar yang menuntut di universiti tersebut.

Sumber: Twitter

Aireena Marizan