Siakap Keli
Kredit : homeandstyle.co.uk

Abang Ni Kongsi Tips Nak Pilih Water Jet Yang Sesuai, Untuk Cuci Rumah Selepas Banjir

Musim-musim banjir ini mesti akan menimbulkan kerunsingan kepada mangsa yang terjejas. Nak cuci rumah bukan mudah ye. Banyak tenaga dan wang ringgit perlu dikeluarkan untuk memastikan keadaan rumah bersih seperti sedia kala.

Untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan, anda boleh menggunakan water jet. Senang nak bersihkan, tekanan air laju dan kotoran atau lumpur yang melekat pun boleh cepat tanggal.

Menerusi perkongsian daripada Ben Safwan di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini, lelaki ini ada berkongsikan jenis water jet apa yang sesuai digunakan untuk anda semua.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca perkongsian di bawah.

Kalau anda nak pilih beli ‘waterjet’ untuk cuci rumah banjir, jangan beli yang jenis 3 atau 4 . tetapi, beli yang jenis  1 dan 2 ( bahagian atas yang brand Bossman n Molago ) . Brand banyak pilihan. Ini sekadar contoh. Sebab kedua jenis ini no 1 dan no 2 guna induction motor. Lebih tahan dan boleh guna lama up to 2 jam tanpa henti bergantung pada tekanan air tempat anda. Jadi, masalah panas, mati tiba-tiba jarang berlaku kalau air paip rumah anda normal. 

Ingat. Pilih jenis induction motor kalau nak guna lama TERUTAMA NAK BERSIHKAN RUMAH BANJIR. NAK PAKAI 1-2 JAM TANPA HENTI.
Kalau sekadar nak guna sekejap-sekejap dan nak lebih senyap, pilih no 3-4 ( yang brand Daewoo/Black Decker ). KALAU NAK GUNA BERSIH BANJIR PUN BOLEH TAPI KENA RUN STOP RUN STOP. JANGAN PUSH NON STOP.

Untuk dapatkan kelajuan air yang laju atau bertekanan tinggi, cari yang boleh keluarkan air sehingga 130 hingga 160 ‘bar pressure’.

Air lebih laju atau lebih bertekenan tinggi yang keluar dari hose waterjet. Jadi, ia mudah bersihkan selut lumpur tebal.

Contoh waterjet spec 100 bar RM250 dengan  waterjet spec 140 bar baru RM300, adalah lebih berbaloi sekiranya anda membeli spec 140 sebab air lebih laju keluar.

Tapi jangan gunakan pada permukaan cat atau dinding. Nanti terkopak cat anda.

Bab bunyi sedikit bising takde masalah sebab anda nak bersihkan rumah kena banjir .

Harga 200-500 dah banyak pilihan. Jenama ke apa anda boleh tentukan ikut bajet. Yang penting jenis waterjet untuk kesesuaian aktiviti kerja .

Tekanan air di rumah anda turut memainkan peranan ya.

Kredit : Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini
Kredit : Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini
Kredit : Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini
Kredit : Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini

Sumber : Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.