Siakap Keli

OPPO Buat ‘Rancak’ Kat Pavilion Bukit Jalil, Jual ‘Smartphone’ Sampai Potong Harga RM400

Kalau sebut tentang Pavilion Bukit Jalil, sudah pasti ramai yang teruja untuk mengunjungi pusat membeli mewah terkemuka tersebut. Sudah pasti ramai yang menantikan tawaran-tawaran hebat dan berbaloi untuk membeli belah di situ.

Namun, apa yang korang semua perlu tahu adalah OPPO juga sedang membina ‘My OPPO Space’ baharu di Pavilion Bukit Jalil khas untuk pelanggan sedia ada ataupun bakal pelanggan baharu yang sudah pasti sangat bertuah. Ruang interaktif ini dibina bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang dengan persekitaran yang selesa serta pengalaman membeli belah yang menakjubkan.

Lebih menarik, reka bentuk bagi ‘My OPPO Space’ ini juga ditambah baik dan lebih banyak aktiviti berorientasikan pengguna dilaksanakan seperti O-Time dan O-Carpet. Ianya sudah pasti dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan dengan menikmati servis terbaik. Cawangan My OPPO Space di Pavilion Bukit Jalil ini merupakan cawangan ke-11 di dalam Malaysia yang sedang dipertingkatkan untuk memberikan pelanggan pengalaman terbaik melalui servis dan produk yang terbaik.

Pelbagai aktiviti menarik yang sangat menguntungkan pelanggan

Sempena pembukaan ‘My OPPO Space’ di Pavilion Bukit Jalil, pihak OPPO telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang sudah pasti memberikan korang lebih banyak penjimatan.

Flash Sales – Reno5 F dengan diskaun RM400, harga paling rendah

Antara aktiviti yang sudah pasti menjadi tumpuan ramai adalah Flash Sales yang akan diadakan pada 25 Disember ini dalam tempoh selama dua jam. Tawaran yang berlangsung dari jam 2 petang sehingga 4 petang ini adalah pembelian Reno5 F pada harga RM799 sahaja. Tawaran ini boleh dianggap sebagai ‘gila’ kerana sehingga RM400 dipotong dari harga asal iaitu RM1,199.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati PWP Promotion dengan hanya menambah RM59 setelah membuat pembelian Reno5 F untuk mendapatkan produk IoT iaitu Enco Buds yang berharga RM159.

Buy & Giveaway Session – Dapat hadiah untuk setiap series

Selain nikmati potongan harga sehingga RM300 dengan pembelian Reno5 F, korang juga boleh mendapatkan secara percuma REMAX RPP-96 10000MAH POWERBANK_BLACK berserta baucer KFC RM5 sekiranya membuat pembelian peranti A series.

Sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian Reno Series ataupun A95, jangan risau kerana korang juga akan mendapat secara percuma Gift Box Reno 6 + RENO 6 Bag berwarna putih. Lebih menguntungkan, korang boleh dapat OPPO WATCH 41 MM bernilai RM899 sekiranya membuat pembelian FIND series.

Lucky Draw – hadiah bernilai sehingga RM5,928

Bila dah seronok korang membeli, tak kan terhenti setakat itu sahaja. Ini kerana korang layak untuk mendapat satu cabutan bertuah setiap kali membuat pembelian peranti dan produk IoT bagi setiap resit pra-cabutan. Walau bagaimanapun, cabutan bertuah ini tidak melibatkan pembelian ketika Flash Sales.

Tak kan korang nak lepaskan peluang pula sebab jumlah hadiah yang ditawarkan adalah sehingga RM8,413 iaitu termasuklah mesin Kopi Dolce Gusto NESCAFE, OPPO Reno 6 Series dan banyak lagi.

Sign in Promo

Selain itu, korang juga boleh menebus hadiah menerusi aktiviti ‘Sign in Promo’ dengan cara bergambar bersama OPPO Mascot dan kongsikan di dalam halaman Facebook MY OPPO SPACE@PAVILION BUKIT JALIL. Kemudian, korang perlu letakkan #ILOVEOPPOMALAYSIA #ILOVEOPPOSMARTPHONE #MYOPPOSPACE. Jangan lupa tag @MyOPPOSpace dan @PAVILIONBUKITJALIL kat post korang pula ye.

Thank You Card & Starbucks Coffee

Untuk menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan yang sentiasa menyokong OPPO, korang yang menyertai sebarang aktiviti di ‘My OPPO Space’ semasa acara pembukaan akan mendapat:

  1. Kad Terima Kasih – 1 kali spa servis telefon pintar percuma (Kosongkan RAM, sanitasi dan naik taraf)
  2. Minuman Starbucks

MY OPPO 2021 The Joy-Full OPPO Sale (15 Disember 2021 – 14 Januari 2022)

Mungkin antara yang ditunggu-tunggu, OPPO mengembalikan semula Joy-Full OPPO Sale yang menawarkan diskaun dan ganjaran hebat bernilai sehingga lebih RM8 juta. Ganjaran tersebut termasuklah penginapan 3 hari 2 malam sebuah resorts yang terkenal.

Selain itu, bermula 15 Disember sehingga 14 Januari ini, sekiranya korang membeli FindX3 Pro, Reno6 Series dan OPPO A95, korang boleh dapatkan hadiah percuma dan boleh dapatkan juga pelan ‘accidental protection’ dengan harga yang lebih murah.

Festive Miracle Giveaway

Pastinya mengujakan, korang berpeluang menerima hadiah penginapan 3 hari 2 malam di Resorts World Genting -Highlands Hotel dan juga empat unik tiket Genting SkyWorlds Theme Park yang bernilai sehingga RM5,000 sekiranya membuat pembelian mana-mana telefon pintar OPPO dan menyertai cabutan bertuah.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, korang juga masih berpeluang dapatkan OPPO A95 sebanyak 12 unit, OPPO Enco X sebanyak 20 unit dan OPPO Band sebanyak 100 unit.

My OPPO Member’s Privilege

Khas buat ahli OPPO yang membuatkan pembelian telefon pintar terpilih, korang layak untuk menerima:

  1. Satu unit baucar tiket Taman Tema Genting SkyWorlds,
  2. Satu unit Baucar Starbucks Beli 1 Percuma 1 minuman bersaiz Grande percuma. (Limited Free Starbucks Drinks, first come first served)

Banyak kan tawaran dan ganjaran hebat khas untuk korang semua. Macam rugi pula kalau tak rebut semua tawaran yang dibuat oleh OPPO ni. Jadi, korang jangan la lepaskan peluang untuk sama-sama mendapat potongan harga serta tawaran hebat di My OPPO Space baharu di Pavilion Bukit Jalil.

Kalau korang nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai JOY-FULL OPPO Sale, korang boleh layari pautan INI serta terma dan syarat di pautan INI.

Korang juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat My Oppo Space@Pavilion Bukit Jalil di pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.