Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Simpan Kasih Sayang Buat Diri Sendiri Juga”, 9 Nasihat, Wanita Kena Ada ‘Beg Kecemasan’ Dalam Perkahwinan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ikatan perkahwinan tidak seindah seperti kita semua bayangkan kerana di dalamnya ada pelbagai ranjau dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Bak kata orang, perkahwinan itu merupakan satu ‘perjudian‘, jika salah percaturan dalam memilih pasangan, maka hancurlah segala kebahagiaan yang didambakan.

Manakan tidak, saban hari kita sering mendengar mengenai isu-isu perceraian di antara suami isteri yang berpunca daripada pelbagai masalah termasuk pasangan bertindak curang.

Tuhan itu maha adil, walau cuba untuk disembunyikan namun lama-kelamaan pekung akan terbuka juga.

Buat individu di luar sana terutama wanita yang mengalami situasi seperti ini, teruskan hidup dengan penuh semangat dan yakin bahawa nanti akan ada sinar kebahagiaan yang datang.

Bukan untuk bersangka buruk tetapi para wanita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang dan berdikari untuk tidak selalu mengharap kepada orang lain.

Bercakap mengenainya, penasihat kewangan, Azizul Azli Ahmad ada berkongsikan mengenai ‘beg kecemasan’ yang perlu dimiliki oleh wanita dalam perkahwinan agar dapat meneruskan hidup jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak.

WANITA JUGA PERLU ‘BEG KECEMASAN’

1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.

2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.

3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.

4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang’ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.

5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.

6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.

7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seoarang anak seperti yang dia nak!

8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri.

Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.

9. Yakin pada Tuhan yang maha esa sahaja 100%, Jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.

“Tak baik buruk sangka pada orang?”

Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna.

Rambut belah tepi, mereka boleh jatuh hati berkali kali nanti.

Kawan kawan,

Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.

Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?

Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan.

Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.

Kata William Shakespeare,

Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.

Pesan Buya Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan dihadapan kita.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.