Siakap Keli
Gambar: Google

“Berjudi Itu Ketagihan,” 5 Pengajaran Kewangan Daripada ‘Squid Game’ Yang Boleh Kita Pelajari

Siri khas Netflix, Squid Game telah menarik perhatian jutaan penonton di Malaysia, sekaligus menjadi topik perbualan ramai.

Dalam drama tersebut, para peserta yang mempunyai masalah kewangan telah dihampiri seorang lelaki misteri yang merekrut mereka untuk menyertai permainan tersebut.

Ditempatkan di suatu lokasi rahsia dan ‘terkurung’, mereka perlu melengkapkan setiap sesi permainan untuk memenangi wang bernilai berbilion won. Peserta yang gagal dalam permainan akan terbunuh sementara wang hadiah akan bertambah bagi setiap kematian peserta.

Di sinilah segala sisi gelap para peserta yang terdesak muncul di mana sebahagian besar mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri demi membolot hadiah dijanjikan.

Drama ini mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh kita kaitkan dalam kehidupan seharian, terutamanya dari segi pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang salah boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan termasuklah hubungan dengan sahabat mahupun keluarga.

Bercakap tentang kewangan, mari kita ikuti lima pengajaran kewangan daripada siri ini seperti yang dikongsikan penasihat kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad.

1. Pengurusan kewangan salah deritakan hidup

2. Berjudi menyebabkan ketagihan

3. Waktu terdesak, sahabat dikhianati

4. Strategi bijak menguntungkan

5. Tamak dan serakah hilangkan semua

Di samping itu, Dr Azizul turut berkongsi beberapa pengajaran hidup daripada drama tersebut;

  1. Sayangi diri sendiri terlebih dahulu, jangan mudah percayakan sesiapa.
  2. Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala yang berlaku berpunca dari wang.
  3. Buat pilihan hidup yang betul kerana keputusan hari ini membawa kesan di masa depan.
  4. Tidak ada kehidupan yang adil kecuali di akhirat nanti. Janganlah kecewa sekarang.
  5. Ketika ada banyak pilihan terhidang, pilihlah untuk berbuat baik.

Sumber: Dr Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.