Siakap Keli

Beberapa Kawasan Termasuk Klang, Gombak & Petaling Diramal Dilanda Ribut Petir, Hujan Lebat Sehingga 11 Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 11 pagi hari ini.

Menurutnya, keadaan cuaca itu akan berlaku di Selangor iaitu di kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat. Manakala, di Johor pula melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru serta di Sarawak melibatkan kawasan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia menerusi Facebook.

Kata jabatan itu lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan menjauhi kawasan-kawasan berisiko dinaiki air.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.