Siakap Keli
Kredit: Utusan Malaysia

Dipercayai Tak Puas Hati Wang Hasil Jual Rumah, Suami Bunuh Dan Simpan Mayat Isteri Dalam Rumah Selama 24 Hari

ACEH – Seorang suami dipercayai membunuh isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam rumah selama 24 hari di Aceh Besar, Aceh. Suspek berusia 49 tahun, manakala mangsa berusia 47 tahun.

Menurut Ketua Polis Banda Aceh, Joko Krisdiyanto berkata, motif pembunuhan disebabkan mangsa tidak berpuas hati dengan wang hasil penjualan rumah.

Mayat mangsa yang dibungkus dalam plastik berwarna hijau itu ditemui di Peukan Bada, Selasa lalu. Selain sudah mengeluarkan bau busuk, mangsa turut ditemukan tanpa seurat benang serta kakinya terikat dengan tali.

Mangsa kali pertama ditemukan oleh seorang pekebun tempatan yang sudah mencium bau busuk beberapa hari sebelumnya. Mayat mangsa turut disimpan selama 24 hari di dalam rumah suspek.

“Setelah membersihkan darah mangsa yang mengalir di lantai, suspek kemudian menggali tanah di bilik air sebelum menanam mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, suspek dipercayai membeli kapur barus, minyak tanah dan ubat nyamuk bagi menghilangkan bau busuk dari mayat tersebut.

Oleh kerana bimbang perbuatannya disedari orang lain, suspek kemudian menggali semula tanah tersebut dan mengeluarkan mayat isterinya sebelum dibungkus dalam plastik. Suspek kemudian meletakkan selimut tebal dalam bungkusan tersebut dan mayat mangsa dibuang ke pinggir hutan Gampong Lambadeuk.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.