Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan bencana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Fenomena banjir kali ini turut disusuli kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan sebilangan jalan utama terpaksa ditutup. Kawasan-kawasan yang terjejas teruk oleh bencana banjir ini termasuk Lembah Klang dan sebahagian daerah di negeri Pahang.
Di Pahang, banyak tempat tumpuan pengunjung yang turut dinaiki air ekoran bencana banjir tersebut, salah satunya restoran Lemang To’ki di Bentong. Sempat beredar di media sosial, sebuah video menunjukkan keadaan restoran berkenaan yang hanya nampak bumbung.
Menurut kemaskini di laman Facebook Lemang To’ki hari ini, pihak pengurusan memaklumkan bahawa operasi restoran Lemang To’ki diberhentikan buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
“Kami terpaksa menghentikan operasi restoran Lemang To’ki diberhentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan akibat dilanda banjir besar pada 18 Disember 2021,” tulis hantaran tersebut.
Jelas pihak pengurursan melalui hantaran yang sama, restoran Lemang To’ki akan kembali beroperasi sepenuhnya pada 24 Disember 2021, bermula 8 pagi hingga 8 malam.
@marulhalilintar semoga di permudahkan segala urusan🥺🤲 #fypdongggggggg
Sumber: TikTok, Lemang To’ki