Siakap Keli
Gambar: YouTube

Ramai Kongsi Tips Balut Kereta, Jurutera Ini Dedah Boleh Buat Tapi Tak Praktikal, Kenapa? Ini Jawapannya

Umum telah mengetahui bahawa, cuaca yang buruk sejak kebelakangan ini telah menyebabkan negara kita kini terpaksa berhadapan dengan bencana banjir.

Hujan lebat secara berterusan telah membuatkan beberapa negeri di Malaysia ditenggelami air.

Pasti ramai yang sedang sibuk memikirkan tentang bagaimana caranya hendak menyelamatkan harta benda mereka terutamanya kenderaan.

Manakan tidak, kenderaan adalah salah satu barangan yang terpenting sekali. Bukan apa, sekiranya kenderaan tersebut dimasuki air, kos untuk memperbaikinya agak tinggi.

Pelbagai cara pastinya difikirkan. Daripada yang tidak logik, sehinggalah yang berkemungkinan berhasil namun dikekang atas faktor-faktor lain.

Seperti perkongsian daripada seorang jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan permindahan haba (fluid dynamics & heat transfer) iaitu Aid Fawzal di akaun Twitternya.

Perkongsiannya itu menjelaskan tentang pertanyaan seorang warganet berkenaan boleh atau tidak untuk membalut kereta menggunakan plastik besar bagi melindunginya dari dimasuki air.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

 

Sumber: Aid Fawzal

Aqmal Ezany

I write what is right