Siakap Keli
Kredit : Hello Doktor

Awasi Air Minuman Anak Anda, Ini 5 Jenis Cacing Boleh Jangkiti Anak Anda

Ibu bapa sering risau jika anak-anak mereka mengalami masalah cacing. Apabila terlihat anak sering menggaru punggung, memang tidak senang duduk dibuatnya. Lebih-lebih lagi pada musim banjir ini, penjagaan kualiti air minuman sangatlah penting agar memastikan perkara ini tidak berlaku.

Tetapi, tahukah anda ada lima jenis cacing yang boleh menjangkiti anak-anak anda? Oleh itu, mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini.

Cacing dalam perut anak

Sebelum mengetahui jenis cacing dalam perut yang berisiko menjangkiti anak, kita fahami serba sedikit mengenai jangkitan cacing ini.

Jangkitan ini boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia, tetapi lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.

Cacing yang berada di dalam perut ini wujud pada saluran gastrousus – dinding usus. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan tinggi dan jangkitan biasa terjadi apabila:

Mengapa jangkitan cacing berbahaya?

Cacing dalam usus ini bersifat parasit – bermakna ia mengambil makan daripada hos, iaitu anak anda.

Kesannya boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, menjejaskan tumbesaran dan membawa kepada masalah lain seperti anemia, hilang selera makan, lemah, loya, sakit perut berulang, cirit-birit dan muntah.

Jangkitan tersebut juga boleh menyebabkan masalah kognitif pada kanak-kanak.

Kredit : Hello Doktor

Jenis cacing dalam perut

Berikut 5 jenis cacing yang boleh menjangkiti anak anda.

Cacing benang

Threadworm atau turut dikenali sebagai cacing jarum (pinworm), merupakan jangkitan paling biasa untuk terjadi. Ia berwarna putih, nipis dengan kepanjangan antara 8-13 mm.

Jangkitan cacing ini mudah merebak kerana ia mempunyai telur mikroskopik dan berkembang di dalam tubuh anak.

Antara simptom asas jangkitan cacing jarum ini adalah:

Jenis cacing dalam perut #Cacing rambu

Jangkitan cacing rambu atau whipworm ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak atau individu tinggal di kawasan dengan tahap kebersihan yang rendah.

Di samping itu, mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas atau lembap juga berisiko untuk dijangkiti.

Simptom jangkitan ini berbeza daripada ringan hingga teruk, seperti:

  • Muntah
  • Sakit kepala
  • Ketidakupayaan mengawal pengeluaran najis
  • Cirit-birit berdarah
  • Penurunan berat badan

Jenis cacing dalam perut #Cacing pita

Tapeworm atau cacing pita biasanya hidup dalam usus haiwan. Ia terjadi apabila haiwan meminum atau meragut rumput yang dicemari dengan parasit ini.

Jangkitan menular kepada manusia yang memakan daging haiwan dijangkiti yang tidak masak sepenuhnya.

Antara gejala yang boleh terjadi:

  • Loya
  • Lemah
  • Sakit perut
  • Kekurangan vitamin dan mineral
  • Hilang selera atau rasa lapar secara tiba-tiba

Cacing pipih

Fluke atau cacing pipih ini boleh mempunyai kepanjangan sehingga 4 inci.

Jika terkena jangkitan cacing pipih, simptom yang boleh terjadi adalah anak akan demam, keadaan lemah dan tidak selesa serta kegatalan.

Jenis cacing dalam perut #Cacing gelang

Jangkitan cacing gelang atau roundworm berlaku apabila cacing yang hidup dalam tanah tercemar oleh najis masuk ke dalam tubuh melalui mulut.

Cacing ini boleh menjadi panjang sehingga 13 inci. Cacing gelang betina boleh bertelur sekitar 200,000 telur setiap hari.

Antara simptom yang boleh dialami adalah:

  • Cacing keluar daripada mulut atau hidung
  • Kegagalan untuk membesar atau kehilangan berat mendadak
  • Nafas berdehit
  • Demam

Jenis cacing dalam perut: Fahami simptomnya

Berikut adalah antara simptom biasa apabila seseorang dijangkiti cacing, seperti:

  • Penurunan berat badan
  • Kembung perut/perut berangin
  • Sakit perut
  • Cirit-birit, muntah dan loya
  • Kerap makan
  • Demam dan batuk kering
  • Berdehit
  • Anemia
  • Rasa sakit ketika kencing

Punca jangkitan cacing

Terdapat beberapa sebab yang boleh meningkatkan risiko jangkitan cacing terutamanya kepada kanak-kanak:

  • Minum atau mengambil makanan yang tercemar
  • Tahap kebersihan diri rendah
  • Menyentuh permukaan yang dijangkiti kuman seperti di taman permainan atau telur parasit dalam tanah
  • Menyentuh haiwan peliharaan yang dijangkiti
  • Tidak mencuci tangan dengan betul
  • Makan daging yang kurang masak
Kredit : Hello Doktor

Kaedah rawatan

Tidak mengira jenis cacing apa yang berada dalam perut, rawatan yang diberikan adalah sama:

  • Pesakit perlu memberikan sampel najis kepada makmal untuk memeriksa sama ada ia mengandungi telur cacing
  • Doktor biasanya akan memberikan ubat untuk mengeluarkan cacing daripada perut. Tempoh pengambilan ubat adalah antara 1-3 hari. Ahli keluarga juga perlu menerima rawatan

Langkah pencegahan

Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah penyebaran cacing dan jangkitan daripada berulang:

  • Didik anak untuk basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas, bermain di luar rumah atau dengan haiwan peliharaan dan sebelum makan
Kredit : Hello Doktor
  • Memotong kuku dengan kerap
  • Galakkan anak untuk tidak menggaru punggung atau menghisap jari
  • Rawat setiap ahli keluarga dengan ubat antiparasit jika ada individu dalam keluarga terkena jangkitan cacing
  • Jika anak atau ahli keluarga mengalami jangkitan, kerapkan basuh pakaian, sarung katil dengan air sabun panas setiap hari selama beberapa hari selepas rawatan
  • Jangan makan buah atau sayuran tidak dibasuh atau daging kurang masak

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan anak yang membimbangkan anda, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Sumber : Hello Doktor

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.