Jurucakap Unit Forensik HSB berkata wanita itu dikenali sebagai Halimah atau Mariam Othman, 69, dan beralamat terakhir di No 567 Permatang Tinggi, Bakar Bata di Kepala Batas dekat sini.
“Wanita itu pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kepala Batas sebelum dirujuk ke HSB pada 7 Dis lepas sementara menunggu penempatan di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum meninggal dunia pada 8.45 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jurucakap itu berkata carian waris oleh pihak polis berdasarkan alamat terakhir serta carian maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara tidak menemui hasil dan sehubungan itu pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu supaya menghubungi Unit Forensik HSB bagi urusan pengebumian.
— BERNAMA