Siakap Keli

TERKINI: PNB Umum Pulangan Dividen ASB 5 Sen Seunit Untuk 2021

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah mengumumkan jumlah pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 31 Disember 2021.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ariffin Zakaria memaklumkan bahawa jumlah agihan pendapatan ASB bagi tahun ini adalah sebanyak 5 sen seunit dengan jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion.

“Dengan sukacitanya saya mengisytiharkan pengagihan pendapatan ASB adalah 5 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2021. Jumlah pengagihan adalah sebanyak RM8.9 billion.

“Pengagihan pendapatan ini merangkumi sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit

“Saya bagi pihak lembaga pengarah PNB  dan ASNB bersyukur pengagihan pendapatan ASB pada tahun ini kekal kompetitif hasil usaha pasukan pelaburan kami, kadar pengagihan pendapatan 5 sen seunit ini adalah 315 mata asas lebih tinggi  berbanding deposit tetap 12 bulan dengan kadar semasa 1.85 peratus,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan ini, PNB telah mengagihkan sebanyak RM168.5 bilion pendapatan kumulatif dan bonus ASB sepanjang 30 tahun ASB menjadi pilihan instrumen pelaburan utama kebanyakan rakyat di negara ini.

“Alhamdulillah PNB masih berdaya tahan untuk terus memenuhi mandat yang diberi walaupun dalam suasana yang tidak menentu ini, kami berbesar hati dapat bersama anda dalam menempuhi tempoh yang mencabar sejak pandemik bermula pada tahun lalu

“Kami telah memudahkan anda untuk mengakses akaun ASB secara online sejak tahun lalu untuk menampung kos perbelanjaan berikutan pandemik COVID-19, Insha Allah PNB akan melakukan yang terbaik untuk mengharungi cabaran yang mendatang,” ujarnya.

 

Sumber: Permodalan Nasional Berhad

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.