Siakap Keli
Gambar Via Bernama

PNB Umum Dividen ASB 4.25 Sen & Pembayaran Ihsan 0.75 Sen Untuk 30,000 Unit Pertama

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan jumlah pengagihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.

Menerusi pengumuman secara live di Facebook Permodalan Nasional Berhad, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, memaklumkan bahawa jumlah pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM7.6 bilion kepada 10.2 juta unit pemegang saham ASB bagi tahun ini.

“Pengagihan ini merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit.

“Tahun ini juga sempena sambutan ulang tahun PNB yang ke-30, PNB berbesar hati untuk mengumumkan pengagihan Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit untuk 30, 000 unit pertama kepada semua pemegang unit ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020,” katanya.

Menurutnya lagi, sejak ditubuhkan pada 1990, pembayaran agihan pendapatan terkumpul PNB berjumlah sebanyak RM211.4 bilion.

Sumber: Permodalan Nasional Berhad Rasmi

Sofea

There's always another side to every story