Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan, hujan berterusan di beberapa kawasan susulan luruan monsun bagi tempoh 27 Disember sehingga 1 Januari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan ringkas, berkata, pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah yang dikesan berlaku di Laut China Selatan.
”Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27 sehingga 30 Disember dan barat Sarawak pada 29 sehingga 31 Disember.
”Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022,” katanya.
Selain itu, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 Disember sehingga 1 Januari 2022.
Oleh itu, MetMalaysia menasihati orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.
𝗥𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗔𝗖𝗔 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗜𝗙𝗜𝗞𝗔𝗡 (𝟮𝟲 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟭 – 𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮)#cuacasignifikan#metmalaysia#KementerianAlamSekitarDanAir#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/dZ1TnhaFfV
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 25, 2021
Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia